Muhyiddin bersama Abdul Hadi semasa mengadakan kunjungan hormat di Masjid Kampung Rusila di Marang, hari ini. - NSTP/GHAZALI KORI |
MARANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan BERSATU tidak pernah menutup pintu parti itu kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Presiden BERSATU itu berkata, malah pihaknya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama dengan parti itu termasuklah Khairy.
Beliau menegaskan, meskipun tidak menjadi calon dalam pilihan raya negeri (PRN) pihaknya mengalu-alukan dan menerima sesiapa sahaja yang menyokong BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas mengenai Khairy atau lebih dikenali KJ, Muhyiddin mengesahkan pihaknya sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Kesihatan itu, namun pemimpin itu seolah-olah tidak berminat.
"Kita sudah berapa kali jumpa bincang tapi nampak dia (Khairy) mengambil sikap macam tak buat keputusan secara muktamad walaupun dia sendiri kata sudah muktamad.
"Saya sekarang ini tiada nak bagi tumpuan-tumpuan (pada) kes-kes tertentu, (jadi) terserah. Pasal kalau ikut sentimen dulu kita sedia terima dia, tapi kalau akhirnya dia (Khairy) tidak menyertai kita terpulang pada dia," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi PN berkata demikian ketika mengunjungi Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Pejabat Presiden PAS di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui penyertaan Khairy dalam BERSATU memberi kesan baik kepada parti itu memandangkan beliau adalah tokoh dikenali dalam politik.
"Ada bagus (sekiranya dia bersama kita) pasal kita tahu dia (Khairy) adalah tokoh yang agak dikenali, tapi kalau tidak ada pun bukan makna ada kekurangan dari sudut gerak kerja kita dan pilihan raya, " katanya.
Muhyiddin pada Mei lalu, mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy, sekiranya bekas pemimpin UMNO itu mahu menyertai parti itu.
Pengerusi PN itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dipecat daripada UMNO Januari lalu.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
biar ajer la si kj tu..
ReplyDeleteaku 50/50 aje dia tu..
ada ok tak pun ok..
bagi aku kalau nak dibandingkan antara kj dgn tun faisal, tf jauh lebih baik dari segi kematangan, humble dan naik dlm politik pun atas kapasiti diri sendiri.
kj tu ada sikit sikap ego, ye lah dia tu kan menantu bekas pm,
.. lagi pula aku tgk dia tu mcm kearah liberal jgk sikit2..
jadi takyah lah nanti menyusahkan jer.