NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu pecat seorang ahli, 2 digantung

Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berkata Bersatu menzahirkan komitmen tertinggi untuk memastikan gerak kerja parti berada di tahap maksimum. 


PETALING JAYA: Bersatu memecat seorang ahlinya manakala dua lagi digantung selama tiga tahun kerana melanggar disiplin parti.

Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin, berkata mereka didapati melanggar Fasal 10.2.2 Perlembagaan Bersatu disebabkan perbuatan menghasut, memboikot dan mensabotaj kempen pilihan raya Perikatan Nasional (PN).

“Mana-mana ahli yang tidak mendapat kebenaran parti tetapi bertindak melanggar disiplin dengan bertanding, menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana parti lain atau calon bebas, keahliannya terhenti serta-merta mengikut Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu.

“Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 26 Julai di ibu pejabat PN memutuskan seorang ahli dipecat keahliannya serta-merta, manakala dua lagi digantung keahlian serta-merta selama tiga tahun,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Hamzah berkata, Bersatu menzahirkan komitmen tertinggi untuk memastikan gerak kerja parti dalam menghadapi PRU15 enam negeri dan PRK Kuala Terengganu yang berlangsung serentak 12 Ogos ini, berada di tahap paling maksimum bagi menjamin kemenangan PN.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo