NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belum masa cari ganti Salahuddin Ayub, Mat Sabu gesa ahli tumpu PRN



Bukan masanya untuk membincangkan siapa yang akan menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai menteri ketika ini, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah itu memberi respon susulan dua Ahli Parlimennya yang dipetik laporan Sinar Harian berkata sedia menggantikan tempat ditinggalkan Timbalan Presiden parti itu yang baharu meninggal dunia pada Ahad lalu.

“Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub,.

“Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pengganti kepemimpinan yang sudah pergi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Tegas beliau, semua pemimpin parti itu perlu menumpukan kepada untuk memberi kemenangan kepada calon daripada parti yang bergabung dalam campuran iaitu Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Beliau sendiri memberi komitmen untuk memberikan tumpuan kepada tanggungjawab di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta turun bersama ahli ke bawah untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya.

“Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini. Pihak kepemimpinan AMANAH sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal berkait pengganti dan masa depan parti mengikut aturan serta amalan kebiasaan parti,” katanya lagi.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Ahad lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal, meninggal dunia pada jam 9.23 malam, ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo