Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Eddin akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.
Ketika mengumumkan senarai calon pada Majlis Pengisytiharan Calon PN negeri itu di Dewan Perdana Kris, malam ini, Ahmad Faizal turut menamakan Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha sebagai calon di DUN Pilah.
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi PN, berkata dua kerusi tidak diumumkan malam ini adalah DUN Jeram Padang dan Sri Tanjong disebabkan masalah teknikal.
Sementara itu, beliau percaya pasukan yang akan mewakili PN mampu menambat hati rakyat Negeri Sembilan bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada PRN 12 Ogos ini.
“Kelewatan mengumumkan senarai calon kerana ramai (calon) yang berkebolehan menyebabkan kami sukar memilih, namun kami yakin calon-calon yang dipilih kerana mereka adalah yang terbaik mewakili semua kaum,” katanya.
Mengenai calon Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Faizal berkata, pihaknya tidak akan mengumumkan buat masa ini.
“Buat masa ini (tak umumkan). Tetapi kalau kemudian hari saya memikirkan itu satu strategi yang baik untuk kita umumkan tanpa mengenepikan hak yang ada dalam Perlembagaan kepada Yang Dipertuan Besar (Negeri Sembilan), itu saya akan lakukan kemudian hari,” katanya.
Berikut adalah senarai calon PN Negeri Sembilan
N01 – Chennah – Rosmadi Arif (BERSATU)
N02 – Pertang – Amirudin Hassan (PAS)
N03 – Sungai Lui – Muhammad Nordin Hashim (PAS)
N04 – Klawang – Danni Rais (BERSATU)
N05 – Serting -Muhammad Fairoz Mohd Isa (PAS)
N06 – Palong – Noor Azuan Parmin (BERSATU)
N07 – Jeram Padang – belum diumum
N08 – Bahau – Kumar S Paramasivam (PAS-DHPP)
N09 – Lenggeng – Mohd Fadli Che Me (PAS)
N10 – Nilai – Gan Chee Biow (BERSATU)
N11 – Lobak – Ng Soon Lean (GERAKAN)
N12 – Temiang – Chua Eng Pu (GERAKAN)
N13 – Sikamat – Ahmad Raihan Muhamad Hilal (BERSATU)
N14 – Ampangan – Muhammad Ghazali Zainal Abidin (BERSATU)
N15 – Juasseh – Eddin Syazlee Shith (BERSATU)
N16 – Seri Menanti – Jamali Salam (BERSATU)
N17 – Senaling – Amrina Mohd Khalid (BERSATU)
N18 – Pilah – Rafie Mustapha (PAS)
N19 – Johol – Kamarudin Md Tahir (PAS)
N20 – Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker (BERSATU)
N21 – Bukit Kepayang – Subramaniam Purushothama (BERSATU)
N22 – Rahang – Lee Boon Shian (GERAKAN)
N23 – Mambau – Sathes Kumar Nilammeham (PAS-DHPP)
N24 – Seremban Jaya -Lee Ban Fatt (GERAKAN)
N25 – Paroi – Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PAS)
N26 – Chembong – Bakly Baba (BERSATU)
N27 – Rantau -Rozmal Malakan (PAS)
N28 – Kota -Ahmad Syukri Abd Shukor (BERSATU)
N29 – Chuah – Tan Jay Son (GERAKAN)
N30 – Lukut -Ragu Subramaniam (PAS-DHPP)
N31 – Bagan Pinang – Abdul Fatah Zakaria (PAS)
N32 – Linggi – Zamri Md Said (BERSATU)
N33 – Sri Tanjong – belum diumum
N34 – Gemas -Ridzuan Ahmad (BERSATU)
N35 – Gemencheh – Tengku Abdullah Tengku Rakman (PAS)
N36 – Repah – Yong Li Yi (GERAKAN)
No comments
Post a Comment