KUALA LUMPUR: Bekas wartawan yang juga pemenang Anugerah Kajai tahun 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias atau Wanti disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi posting Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sebaran kumpulan Whatsapp media, KLNewsdesk-Intermedia.
Allahyarhamah sebelum ini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat penyakit radang paru-paru.
Rakannya, Fatihah Zakinan sebelum ini berkata, Wanti sebelum ini tidak mempunyai penjaga dan terpaksa menguruskan kehidupan bersendirian di rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang.
Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang oleh ahli keluarganya pada Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia. -UTUSAN
No comments
Post a Comment