KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui aktiviti rasuah membabitkan semua kaum, namun lebih ramai bukan Melayu menjadi pemberi, manakala penerima kebanyakan Melayu.
Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang juga bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata kebiasaan pemberi adalah peniaga yang mahukan sesuatu manfaat yang memberi keuntungan kepada perniagaan.
Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) itu menegaskan kumpulan pemberi juga adalah mereka yang mempunyai kekayaan berbanding penerima.
Bagaimanapun, beliau yang memegang jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM selama enam tahun bermula 2016 berkata siasatan SPRM tidak menjurus bangsa, kaum atau agama sebaliknya berdasarkan laporan diterima agensi antirasuah itu.
"Pemberi rasuah yang kebanyakan bukan Melayu dikesan terbabit dalam aktiviti rasuah itu disebabkan 'nature of business'.
"Mereka yang memberi rasuah biasanya mahukan sesuatu sama ada nak dapat projek, lesen atau permit atau nak cepatkan proses perkhidmatan.
"Mereka ini 'willing to offer' (sanggup memberi), selagi mereka dapat apa yang mereka kehendaki dan si penerima adalah mereka yang sememangnya orang tak berduit, yang biasanya orang Melayu," katanya kepada BH.
BH semalam melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditahan atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.
Beliau mendakwa apa yang dikatakan itu adalah benar dan fakta.
Mengulas lanjut, Shamshun Baharin menjelaskan, pemberi dan penerima yang dikaitkan dengan bangsa tidak sepatutnya menjadi isu kerana siasatan SPRM adalah berkaitan dengan kesalahan rasuah dan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan jenayah.
"SPRM tidak sesekali akan menjalankan siasatan berdasarkan latar belakang bangsa atau kaum sebaliknya kita akan siasat hasil daripada laporan dan maklumat yang diperoleh, tidak kiralah Melayu atau tidak.
"Sewaktu saya masih berkhidmat, kita juga siasat parti biru, kuning, hijau dan tidak mengira warna parti. Kita juga bukan menyiasat mengikut perasaan sebaliknya maklumat yang terima. Siasatan SPRM adalah berkaitan rasuah dan salah guna kuasa." katanya.
Shamshun Baharin berkata, sewaktu dalam perkhidmatan, beliau mendapati mereka yang menerima rasuah adalah kebanyakannya beragama Islam dengan 47 peratus daripadanya adalah penjawat awam.
"Lima tahun kebelakangan ini juga SPRM mengesan kumpulan penjawat awam paling ramai terjebak dengan rasuah atas pelbagai kesalahan. Selebihnya adalah orang awam seperti ahli majlis," katanya.
Sementara itu, dalam statistik tangkapan terbaharu, SPRM mendapati, seramai 662 ditahan agensi itu sehingga Jun lalu, manakala 2022 (909), 2021 (851), 2020 (998) dan 2019 (1,101).
ada orang cakap bahwa dah tak poleh takbir "Allahuakbar" pada ceramah politik...sebab katanya tak mahu kalimah itu disalah guna...
ReplyDeletetu kejadian kedua selepas kalau pakai baju ada logo parti maka tak dibenar masuk solat di suatu mesjid entah dimana.
lepas nih aku agak munkin beri salam pun tak dibenar pada ceramah politik..
pastu kalau baca doa pun jadi tak boleh sebab tak mau disalahgunakn kalimah "salam" dan juga disalahgunakan anal berdoa.
kalau menari, berjoget meloncat2 tu tak apa sebab memang ugama pun tak begitu suka hal yg sedemikian jadi ianya tak menggunakan kaedah ugama jadi kira ok la..
hmmmmm.