KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) membuat kejutan apabila menampilkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN) Dato Abdul Hadi Awang Kechil yang akan bertanding di Dun Kuala Balah.
Mantan Pengarah Pejabat Tanah Galian (PTG), Dato Zamri Ismail pula membawa misi bagi mempertahankan Dun Kota Lama yang dikuasai PAS sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.
Sebelum ini sejak 1999, Dun terbabit diwakili Dato Anuar Tan Abdullah. BN pernah menang sepenggal di Dun terbabit melalui MCA pada PRU 1995.
Kejutan juga dibuat apabila PN Kelantan menampilkan lima peguam muda, iaitu Nik Bahrum Nik Abdullah di Dun Chempaka, Ahmad Zakhran Mat Nor (Kemuning), Wan Rohimi Daud (Melor), Zubir Abu Bakar (Mengkebang) dan Zamri Mat Nawang (Jelawat).
Turut ditampilkan jurutera Mohd Nasriff Daud Yatimi (Pengkalan Pasir), ahli farmasi Zamankhasari Muhamad (Apam Putra), akauntan Saizon Ismail (Salor), ahli perniagaan Kamaruzaman Muhammad (Gual Periuk).
Selain itu, pendidikan Harun Ismail (Tawang), Ustazah Asilah Mohamad Zin (Limbongan) , ulama-ulama muda Mohd Asri Mat Daud (Demit), Mohd Tarmizi And Rahman (Galas).
Pengumuman calon PN Kelantan dilakukan Pengerusi PN negeri Ustaz Dato Bentara Setia Ahmad Yakob.
– HARAKAHDAILY
No comments
Post a Comment