NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas jurutebang dakwa UFO sebenar berbentuk kiub

WASHINGTON – Seorang bekas juruterbang tentera Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) sebenar bukan piring terbang,  sebaliknya merupakan kiub berwarna kelabu atau hitam yang berada di dalam sfera jernih.

Akhbar Daily Star melaporkan,  pendedahan itu dibuat oleh juruterbang bersara, Ryan Graves dalam satu mesyuarat mengenai UFO di hadapan Kongres AS minggu ini, sambil menyerahkan bukti tentang fenomena tersebut.

Graves berkata, dia kerap terserempak dengan UFO ketika melakukan misi latihan di Lautan Pasifik pada 2015.

“Beberapa objek seperti UFO sering muncul dalam operasi tentera  di seluruh dunia,” katanya.

Ditanya mengenai ciri UFO yang dilihat, kata Graves, ia merupakan kiub berwarna kelabu gelap atau hitam dan berada di dalam sfera jernih.

Sementara itu, seorang bekas kakitangan Agensi Perisikan Geospatial Kebangsaan Jabatan Pertahanan AS, David Grusch berkata, Washington menyembunyikan sebilangan kes penampakan UFO sejak  tahun 1930-an.

Menurutnya, kerajaan AS telah menemui serpihan UFO yang terhempas di Bumi serta bangkai makhluk asing.  – AGENSI 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo