Bekas ahli DAP, David Marshel mendakwa Lim Guan Eng mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi. |
Kemelut dalaman DAP Pulau Pinang berterusan selepas pengumuman calon yang menimbulkan banyak kontroversi baru-baru ini.
Semasa pengumuman calon DAP yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang baru-baru ini, kebanyakan penyandang kerusi digugurkan dengan majoritinya tidak selari pendirian dengan Lim Guan Eng.
Terbaharu, bekas ahli DAP, David Marshel yang mengumumkan keluar DAP semalam mengesahkan akan bertanding sebagai calon bebas untuk menyekat Guan Eng daripada menjadi Ketua Menteri sekali lagi.
Marshel akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai yang sebelum ini disandang bekas Timbalan Ketua Menteri sementara P Ramasamy, yang juga digugurkan daripada barisan calon DAP.
Bekas ahli majlis bandar raya Seberang Perai itu berkata, sebab utama menyertai perbalahan itu adalah untuk memastikan Chow Kon Yeow terus menjadi Ketua Menteri selepas PRN 12 Ogos nanti.
Beliau mendakwa Pengerusi DAP, berhasrat mahu menjadi Ketua Menteri sekali lagi, di sebalik meluahkan sokongannya kepada Chow.
“Saya akan bertanding sebagai calon bebas dan slogan kempen saya ialah ‘Bebaskan Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng’,” katanya dipetik laporan Malaysiakini semasa sidang media di George Town hari ini.
Guan Eng merupakan ADUN Air Putih yang menjadi Ketua Menteri dari 2008 hingga 2018 sebelum dilantuik menjadi Menteri Kewangan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bagaimanapun, pentadbiran PH tumbang selepas 22 bulan memerintah.
Terdahulu, DAP mengumumkan seramai 19 calon DAP yang akan bertanding pada PRN negeri itu dan mereka terdiri daripada 12 penyandang manakala tujuh calon muka baharu.
Bagi memberi laluan kepada muka baharu tujuh penyandang kerusi DUN Pulau Pinang telah digugurkan iaitu Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).
Guan Eng bagaimanapun kekal mempertahankan kerusinya di DUN Air Putih.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment