NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Adun PKR Kota Anggerik hina calon PSM Dun Meru sebagai "Parti india estet"

India Estet

Kecoh teruk malam tadi. 

YB Najwan Halimi Adun Kota Anggerik komen tulis calon PSM Dun Meru sebagai "Parti india estet" dalam satu whatsap group PKR.

Komen dia tu kena screenshot yang kini sedang tular di media sosial. 

Wahh, ini r@s1s tahap dewa ni! Tak boleh bawak bincang ni bang. Kebencian kepada kaum India nampak menebal disebalik wajah politik anda. Tak ada sorok langsung. 

Bila baca ni, berdesing telinga šŸ˜”šŸ˜”šŸ˜”!! Kenapa saya marah? 

Ok kita korek balik janji pilihanraya Pakatan Harapan. Antara matlamat tawaran HARAPAN adalah untuk perpaduan kaum. Macam ni ke Pakatan Harapan punya perpaduan kaum?

Atas pentas ceramah je, anak melayu anak saya, anak cina anak saya, anak india anak saya. Dalam whatsapp group "india estet" anda bagi?

Mentang-mentang ada kuasa sebagai YB, ada kuasa kerajaan negeri, jadi BESAR KEPALA dan boleh cakap apa sahaja dan tulis apa sahaja. 

Najwan, jangan lupa, kerusi Kota Anggerik tu ada 10% pengundi India tau. Nanti masa kempen pilihanraya negeri, ada muka ke nak merangkak cari "india estet" nak rayu undi?

Dalam keadaaan perpaduan kaum dalam negara kita berada dalam keadaan sangat fragile, sewajarnya sebagai pemimpin yang kononnya mewakili parti pelbagai kaum, tunjukkanlah contoh yang baik agar menjadi tauladan kepada anak muda. 

Ingatlah akan peribahasa "Mencabik mudah, menjahit susah". Janganlah kita menjadi punca kepada jurang pemisah antara agama dan bangsa dalam negara kita. 

Yang cintakan perpaduan,
Nurul Islam

P.S. Yang "šŸ˜‚" ayat Najwan tu sape ye? Mesti tengah cuak takut kena viral. šŸ¤­

P.S.S. halu menteri Fahmi Fadzil. Ni member kamu main isu 3R. Radio Car bila nak hantar?

Sunber : fb

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo