NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banyak Tun kena jelaskan


Artikel ini bolehlah diibaratkan sambungan penulisan saya semalam di FMT bertajuk “Bahasa ibunda dan anak Melayu Singapura”. Seperti artikel itu, penulisan ini juga mengulas sidang media Dr Mahathir Mohamad yang beliau adakan pada 28 Jun lalu.

Mahathir mendakwa ada orang cadang Malaysia ditukar daripada Tanah Melayu dan dijadikan “multiracial country”. Kata beliau lagi “orang yang datang dari negara lain nak tukar negara kita punya nama dan pemiliknya.”

Siapa? Mahathir tidak sebut. Mungkinkah beliau maksudkan masyarakat bukan Melayu di negara ini? Moyang mereka datang dari China dan India tetapi mereka lahir di Malaysia. Begitu juga datuk, nenek, ayah, dan ibu mereka. Lantas semua warga Malaysia. Bila agaknya mereka buat cadangan yang Mahathir kata itu? Beliau tidak huraikan.

Bagaimana pula mereka mahu tukar “negara kita punya nama”? Apa caranya? Juga bagaimana tukar “pemiliknya”? Ertinya tukar pemilik untuk mereka memiliki negara ini? Secara total? Macam mana? Rampas kuasa bersenjata? Mustahil. Menerusi pilihan raya? Bolehkah golongan bukan Melayu menang secara mutlak dengan mengambil kira jumlah mereka? Semua tahu siapa majoriti di Malaysia.

Menurut Mahathir lagi, jika negara ini ditukar jadi “multiracial country” Bahasa Melayu akan hilang seperti di Singapura. Tetapi bukankah Malaysia sememangnya negara berbilang bangsa dan agama? Sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga sekarang, termasuk ketika Mahathir jadi perdana menteri (dua kali). Jadi bagaimana nak tukar multiracial country jadi lagi “multiracial country”?

Apa pun kata Mahathir pada sidang medianya, “sebab itu kita berjuang untuk tentukan negara kita ini bukan multiracial.”

Berkata lagi beliau: “Kita bagi kerakyatan kepada mereka (Siapa? Saya percaya beliau merujuk rakyat bukan Melayu) seperti di lain-lain negara juga tetapi mereka mestilah terima budaya, bahasa, dan segala amalan yang kita adakan di negara kita yang berasal negara Melayu.”

Saya setuju semua mesti terima bahasa Melayu. Mesti boleh bertutur Bahasa Melayu. Ada yang fasih, ada yang tidak, dan ada yang masih ‘merangkak’. Tetapi apa pula erti “terima budaya dan amalan kita”, yang Mahathir katakan itu? Adakah “terima” bererti “accept”, atau peluk yakni “embrace”? Atau Melayukan mereka? Jadikan mereka Melayu?

Menurut Mahathir, nasib Melayu amat buruk di masa hadapan. “Kita tak pernah kuasai ekonomi dan sekarang politik pun sudah tidak kuasai.” Kata beliau, DAP parti terbesar dan terkuat dalam Pakatan Harapan kerana ada 40 kerusi Parlimen dan “kalau tak ikut DAP, kalau DAP tarik diri, jatuh kerajaan.”

Oleh itu, kata beliau “perjuangan yang kita sedang cuba ingatkan orang Melayu kalau nak kekal ada negara kita mesti bersatu dan kita mesti berjuang untuk mendapat kuasa dalam negara. Kalau kita dapat kuasa maka pada masa itu boleh betulkan banyak masalah yang kita hadapi, yang dihadapi oleh orang Melayu.”

Dapat kuasa bagaimana? Menerusi peti undi? Lalu orang Melayu hanya mesti undi parti Melayu? Siapa? PAS dan Bersatu? Mereka sendiri punyai sayap bukan Melayu kerana sedar sokongan bukan Melayu diperlukan untuk memerintah negara. Mereka tahu realitinya tiada parti atau gabungan politik yang boleh menang pilihan raya tanpa sokongan semua bangsa, terutama di Sabah dan Sarawak.

Atau adakah Melayu mesti undi juga Pejuang dan Putera? Lihat sahaja prestasi kedua-dua parti itu pada PRU15 November lalu, Malah Gerakan Tanah Air yang diasaskan Mahathir menerima Parti Perikatan India Muslim Nasional sebagai komponen. Benar ia parti orang Islam tetapi bukan parti orang Melayu.

Umum tahu 112 kerusi mesti dimenangi untuk mendapat majoriti mudah di Parlimen. Umum juga tahu Semenanjung punya 165 kerusi manakala Sarawak, Sabah, dan Labuan menyumbang 57 kerusi.

Saya akhiri penulisan ini dengan memetik komen seorang bekas aktivis Umno yang sekarang mengikuti rapat perkembangan politik tanah air. Ia berbunyi: “Mahathir masih ratib DAP kuasai kerajaan. Elok DAP terus duduk dalam kerajaan perpaduan supaya Mahathir terus meratib selama lima tahun. Biarkan biarkan dia terjun dengan labu-labunya. Umno pula kena solid behind Anwar. Kukuhkan lagi perpaduan dalam kerajaan. What can Mahathir do?

Mungkinkah do something else? Or nothing at all?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili 1Media

Sumber | FMT

( Hide )
  1. Aku percaya apa yg Tun Madey tu bukan hanya ada sebab tapi ada asas yg kuat,
    kalau disingkap balik sewaktu beliau pm7 dan mohyiddin menteri kdn, ada video yg menunjukkan rasa tidak senang mohyidin dgn gelagat dap, dia didalam kerajaan pd masa tu jadi diabtau la kan?
    Di luar pula orang melayu semakin resah dengan gelagat geng2 dap, byk perkara yg dibuat bercanggah dengan resam melayu, ... banyak .. tak larat nak tulis dan bila Tun letak jawatan pm7 dan ph tumbang majoriti orang melayu telah menyambutnya dengan sangat baik.
    Aku boleh sebut byk la perkara yg berlaku pd masa tu yg nenyebabkan keresahan dan byk perkara yg bodo yg telah dilakukan oleh melayu yg pro ph serta spin² mereka serta pandangan songsang serta hanyut sesat dari asas perjuangan kemerdekaan ug sebenar orang² melayu ditanah air mereka.
    Tak usah nak dituduh melayu ektreme dlm bab ini bila berkata sedemikian sebab melayu yg sosialis macam ahmad boestaman pun asa menyebut bahwa "menerima pendatang sebagai warganegara, masa hadapan sedikit bahaya".
    dan malah terdapat buku2 kecil yg byk terdapat dizaman 60an 70an yg menyebut tentang apa yg disebut sebagai "jenayah kemerdekaan" ... mereka tu ada yg masih hidup dan jadi "penjilat" ph, dan buku2 kecil mereka masih ada didalam almari buku tok nenek aku yg bila aku terpandang aku akan mengelengkan kepala melihat perubahan pendirian mereka..(kerana taksub aper ya?).

    Aku yakin bahwa Mat Kilau serta pejuang2 yg seperti dia tidak pernah bersetuju dengan cara kenerdekaan yg entah apa sebetulnya telah dilakukan oleh anak2 angkat British sebab pada dasarnya Negeri2 tanah melayu telahpun dimerdekakan dari british oleh pehak Jepun.

    (copy & paste)
    (kopi & teh).

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo