Dengan pengumuman itu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang sebelum ini menyandang penyandang kerusi DUN Bukit Antarabangsa, akan bertembung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.
Sebelum ini Mohamed Azmin yang juga bekas Ahli Parlimen Gombak membayangkan tidak bertanding dalam PRN kali ini, dengan alasan bagi memberi laluan kepada calon muda yang berpotensi dalam PN untuk bertanding.
Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN sebelum ini memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Susulan perpindahan itu, PN menampilkan peguam yang juga aktivis kemasyarakatan, Shasha Lyna Abdul Latiff untuk mempertahankan DUN Bukit Antarabangsa.
Shasha Lyna pertama kali diturunkan PN ketika Pilihan Raya Umum ke-15 lalu di kerusi Parlimen Ampang, namun tewas.
Turut diumumkan pada majlis sama malam ini ialah nama anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar iaitu Nurul Syazwani sebagai calon di DUN Permatang, selain Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun di DUN Batu Tiga.
Selain itu, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh dipertaruhkan PN di DUN Dengkil.
Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan semua calon yang dipilih sudah melepasi saringan utama termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Insolvensi.
"Syukurlah semua yang dipilih ini sudah melepasi saringan utama dan keputusan pemilihan calon ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya.
PN meletakkan 56 calon yang akan bertanding di semua kerusi DUN dalam PRN Selangor.
Sumber I BH online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment