NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin sedia debat dengan Rafizi



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Namun dengan syarat Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan beliau sudah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

“Pertama, turunkan harga minyak terlebih dahulu, betul?

“Bukan saya yang janji kamu yang janji. Hari ini saya jadi perdana menteri, esok minyak turun.

“Dah turun belum? Kalau belum turun, turunkan dulu baru jumpa aku,” katanya dipetik ketika berucap dalam Majlis Pengenalan calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Gombak, malam tadi, lapor MalaysiaNow.

Beliau yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata demikian bagi mengulas cabaran Rafizi mengajaknya berdebat mengenai ekonomi Malaysia.

Sehingga kini, stesen televisyen tempatan Astro Awani menyatakan kesediaan untuk menganjur dan menerbitkan sesi debat tersebut secara langsung sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan beliau mempunyai bukti dengan rekod pelbagai inisiatif dilaksanakan semasa mentadbir negeri itu sebagai menteri besar.

Antaranya elaun khas bayaran berjumlah tiga bulan gaji kepada pegawai-pegawai kerajaan, air percuma oleh kerajaan negeri dan bermacam lagi inisiatif perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Selangor.

Bahkan, katanya, ketika pentadbiran beliau di Selangor, dua loji rawatan air yang menelan kos sebanyak RM800 juta tanpa sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan Persekutuan dibangunkan.

“Saya gunakan duit kerajaan negeri RM800 juta dan rizab masih RM4 bilion,” katanya.

Atas sebab itu, Azmin sekali menegaskan bukan pihaknya tidak mahu menerima cabaran berdebat tetapi menjadi satu kerja yang sia-sia sekiranya debat itu tidak diisi dengan fakta dan rekod yang jelas.

“Kalau saya pergi berdebat dalam keadaan dia belum ada formula, belum ada penyelesaian, engkau (Rafizi) nak debat dengan aku buat apa?” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo