NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apabila Presiden PAS bandingkan Tun M dengan Anwar

ADA yang tidak berpuas hati dengan penulisan Ayah Chik semalam yang membandingkan Tun Mahathir (Tun M) dan Anwar Ibrahim.

Kata mereka, semudah itu Ayah Chik menerima Tun M. Hanya dengan satu penulisan merubah luka peristiwa Memali menjadi suci. 

Hat duk kata tu pun dalam tak sedar sebenarnya depa pun sanggup bersama Tun dalam PRU yang lalu.

Bukankah kata mereka dulu Tun adalah seorang Maha Firaun, nepotisme, merompak harta negara, rasuah, ketirisan? 

Apa saja yang tidak dihamburkan kepada beliau? Sesudah itu depa boleh mensucikan Tun untuk menjatuhkan lawan politik. 

Jadi, bagaimana dakwaan-dakwaan mereka terhadap Tun? Tun memang zalim sebagaimana didakwa atau tuduhan mereka itu juga palsu? 

Kalau kita teliti polemik politik negara ketika zaman pemerintahan PH dulu, Ayah Chik lah yang tampil mempertahankan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Mana ada dalam sejarah politik negara pembangkang sendiri yang akan bentangkan Usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri.

Tapi Ayah Chik bangkit pertahankan Tun M, ketika majoriti parti dalam kerajaan masa itu seolah-olah sekadar mempergunakan beliau untuk kepentingan politik dan kuasa.

Jadi, apa yang dihairankan kalau persepaduan Ayah Chik dan Tun M berterusan sehingga menggagaskan Proklamasi Melayu. 

Ayah Chik sudah memberikan prinsipnya dengan jelas. Perpaduan Ummah memerlukan pengorbanan dan jiwa besar. 

Ayah Chik jawab dalam satu program. Nabi S.A.W memaafkan semua orang ketika peristiwa Fathul Makkah, termasuk kepada mereka yang pernah menyakiti Baginda secara peribadi. 

Kemudian, Ayah Chik melanjutkan kita nak berpolitik ikut siapa lagi kalau bukan ikut cara Nabi S.A.W.

Sebagaimana beliau sendiri tegar memaafkan Umno, menghulurkan tangan atas nama Penyatuan Ummah sehingga dicela lawan, mengapa tidak kepada Tun M atas prinsip Penyatuan Ummah yang sama?

Sumber | HAFIZ MANSOR
 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo