NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa dorong PKR calonkan semula bekas banduan? tanya Che’gu Bard

Che’gu Bard (kiri) dan calon DUN Permatang, Mohd. Yahya Mat Sahri (PKR)


Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard mempertikai keputusan PKR menamakan semula Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada PRN Selangor, kali ini.

Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata Mohd Yahya yangdipenjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan itu dicalonkan parti Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Permatang.

“Persoalannya mudah, apakah yang mendorong PKR untuk mencalonkan semula orang yang pernah didapati terlibat dengan isu penipuan duit?

“Mungkinkah kerana calon PKR ini adalah orang yang benar-benar berkepentingan menggunakan duit negeri untuk kepentingan parti?,” tanyanya dalam satu kenyataa di Facebook.

Mengulas lanjut, Che’gu Bard berkata Yahya dicalonkan bagi menggantikan isterinya, Rozana Zainal yang merupakan ADUN Permatang sebelum ini.

Katanya, PKR bukan sahaja mencalonkan penipu sebaliknya menjadikan politik negara seolah warisan keluarga.

Dalam kenyatana sama, beliau mengimbau kembali punca Allahyarham Khalid disingkirkan daripda jawatan menteri besar ketika itu.

“Lupakah kita antara sebab Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor adalah kerana Tan Sri sangat tegas dengan penggunaan duit hasil negeri yang hanya boleh digunakan untuk kegunaan program negeri bukan tujuan parti,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo