Terkejut aku baca pasal skandal RM 10 Billion MBI Selangor dan anak syarikatnya Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) yang melibatkan nama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Hasil semakan aku buat, aku rasa perlu kepada penjelasan oleh Menteri Besar Selangor. Rakyat perlu tahu apa sebenarnya berlaku.
Okey biar aku cerita kenapa aku rasa benda ni serius......
LLSB ni syarikat milik MBI Selangor yang pengerusinya adalah Amirudin sendiri. Syarikat ni diberikan tugas untuk pembersihan sungai dan baikpulih kawasan sekitar sungai oleh Kerajan Negeri.
Pada tahun 2017, syarikat ni diberikan pinjaman RM45 Juta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk projek tersebut.
Dalam audit dalaman LLSB, ada 11 isu kritikal yang dilaporkan. Antaranya syarikat ini mempunyai potensi kerugian RM3.2 billion. Bapak ahhh. Bukan sikit tu.
Hutang LLSB berserta faedah telah mencecah RM54 juta dan kemampuan LLSB nak bayar hutang tersebut juga boleh kata sangat tipislah.
Kerugian terkumpul syarikat juga dikatakan mencecah RM40 juta. Mak aiihhhh korang meniaga apa sampai melingkup?
Okey sekarang jom kita tengok keputusan kewangan oleh syarikat nak melingkup ni macamana ye.
Pertama, Lembaga Pengarah syarikat meluluskan kenaikan gaji Pengarah Urusan dari RM29,000 ke RM37,000 sebulan.
Kedua, pembayaran bonus sejumlah 4 bulan gaji.
Ketiga, terdapat kenaikan gaji tahunan 6% setahun.
Keempat, Pembayaran elaun tahunan pengarah sejumlah RM10,000.
Wow, dasyatkan.....kalau betul semua tuduhan ni, aku rasa memang hantu sungguh. RM45 juta yang dipinjamkan tu duit rakyat oi.
Panas hati ni......
Dah mana RM10 billion? Aku rasa baru tulis sikit pun korang dah panas hati kan? Bagi sejuk dulu nanti aku tulis lagi.
Sekarang kau jawab dulu Amirudin Shari.
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Rilex la. Kalau Saifudin tak keluarkan maka tak jadi isu.
ReplyDelete