1. Setelah 7 bulan berkuasa, Kubah pada bangunan Kompleks Perdana Menteri di Putrajaya masih ada struktur besi bagi kerja pembaikan. Ia simbolik tentang situasi ekonomi Malaysia yang merudum di bawah pimpinan Anwar Ibrahim. Ia juga simbol bahawa, ekonomi Malaysia gagal dibaiki oleh beliau.
2. Kadar tukaran ringgit kini adalah RM 4.67 untuk 1 US Dollar. Kadar kejatuhan ini paling teruk di antara semua matawang Asean.Dalam keadaan ini, kerajaan Anwar teramat relaks. Tanpa sebarang usaha yang serius, Anwar mengatakan bahawa ringgit yang rendah baik untuk Malaysia. Dalam satu lagi versi, Anwar pula menuduh ia konspirasi ‘penyakau’. Ia lagu yang sama, bila Anwar mendepani salahlaku jenayah liwat yang pengakhirannya adalah penjara.
3. Pada Mac 2023 sahaja, pelabur menarik keluar pelaburan dan sehingga itu sahaja, Business Today melaporkan RM 1.78 bilion ditarik keluar dari pasaran saham. Pelabur major seperti Panasonic sudah menutup kilang di Johor dan pada hujung tahun ini, Melaka. 2 divisi Panasonic di Shah Alam pun ditutup.
4. Semasa krisis matawang 1998, Sebagai Menteri Kewangan Anwar berpeluang untuk memulihkan krisis ini tetapi idea beliau adalah untuk menurut kehendak International Monetary Fund (IMF). Kadar bunga dinaikkan (seperti sekarang) dan peniaga-peniaga Malaysia jatuh bankrap. Ekonomi merudum. Ringgit dijual seperti aliran sungai yang deras.
5. Kerajaan Mahathir tidak dapat menanti untuk ekonomi dipulihkan dan segera menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Pakar-pakar eknomomi dan mereka yang berpengalaman dalam membina ekonomi negara tetapi telah bersara dipanggil balik. Laporan dan saranan tindakan diarah sampai ke meja Mahathir sebelum jam 8 pagi setiap hari.
6. Langkah drastik dibuat oleh Mahathir dengan menetapkan nilai ringgit pada kadar RM 3.80 untuk 1 US Dollar. Pengisytiharan dibuat yang wang ringgit tidak laku di luar negara. Semalaman, ringgit kembali ke Malaysia. Kadar bunga direndahkan dan hanya dalam 2 bulan, ekonomi pulih. Peniaga-peniaga pula diarah oleh Mahathir untuk membuat penjadualan semula bagi pembayaran hutang supaya peniaga-peniaga tidak muflis.
7. Sebenarnya, Anwar, sebagai lulusan am Ijazah Sastera tidak ada kemahiran teknokrat mahupun idea untuk memulihkan ekonomi negara. Anwar dan Menteri-menteri kabinetnya teramat relaks.
8. Seumur hidupnya, dia memperbaiki seni lakonnya sebagai satu cerita pejuang rakyat, antikorupsi, antinepotisme dengan dicampur ayat-ayat Al-Quran dan memetik nama-nama ahli falsafah untuk meyakinkan masyarakat bahawa dia ini pemikir dan hebat. Malangnya semua ini hanya hiasan tetapi isinya kosong. Sebarang pencapaian beliau sebagai menteri kewangan pada masa lalu, hanyalah legasi dari kebijaksanaan Tun Daim. Tun Daim adalah teknokrat ekonomi dan sebenarnya tidak begitu berminat dengan politik.
9. Dengan ringgit teramat lemah dan sedang menuju ke RM5 untuk 1 US Dollar dan tiada rancangan serius memulihkan negara, beliau gagal mengemudi Malaysia dengan baik. Umpama berada dalam sebuah keretapi yang tidak bergerak dan semua tingkap ditutup. Dalam keadaan ini Anwar akan memetik ayat ‘konspirasi’, ‘sabotaj’, ‘sakau’ dan dengan retorik ini masih berkata bahawa keretapi sedang bergerak. Hakikatnya tidak.
10. Anwar tidak dapat menuding jari kepada orang lain bagi kegagalannya. Kerana beliau adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada masa yang sama. Semua kegagalan adalah tanggungjawab kedua-dua jawatan penting ini.
11. Seperti kubah Kompleks Perdana Menteri yang masih dalam pembaikan, pimpinan Anwar hanya retorik dan isinya kosong. Ekonomi Malaysia terluka dan tiada doktor yang dapat memberi resusitasi. Yang ada hanya ayat-ayat retorik dan darah pada luka Malaysia terus mengalir.
Dr Munirah Osman
Putrajaya
No comments
Post a Comment