NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Anwar yang prihatin’ akan umum beberapa imbuhan tetap penjawat awam

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata pengumuman itu akan dibuat dalam tempoh seminggu dua lagi. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji itu minggu depan.

“Saya fikir pendekatan lama skim pelarasan gaji perlu dirombak, tunggu pengumuman dan sedikit penyesuaian dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna Madani Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Pada 13 Julai lalu, perdana menteri berkata, skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamad sebelum PRN 12 Ogos.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ganjaran munasabah dan adil akan diberikan kepada penjawat awam berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama.

“Pelarasan ini dilakukan untuk meningkatkan skim gaji guru dan penjawat awam yang lain sekali gus bagi mengurangkan jurang perbezaan skim gaji.

“Ini bukan sebab nak PRN, tetapi saya mahu dikenali sebagai Anwar yang prihatin,” katanya.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa beliau akan terus memerangi rasuah dan menghentikan amalan mencuri harta rakyat.

“Saya akan terus cakap mengenai tatakelola dan rasuah, saya akan perang habis-habisan. Insya-Allah, saya akan lakukannya sekiranya Allah beri kekuatan kepada saya untuk selamatkan negara,” katanya.

- FMT

( Hide )
  1. Tanda2 awal penjawat awam nk kena kencing olh pmx.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo