NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar perlu tangani isu kenaikan harga barang, rakyat semakin gelisah – Gerakan

Anwar sebelum jadi Perdana Menteri, Gambar Sinar 2021


KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk tidak terus memberikan pelbagai alasankepada rakyat sebaliknya segera selesaikan jangkaan kenaikan harga barang sebanyak 20 peratus Ogos ini.

Menurut Naib Presiden Gerakan, Datuk G Parameswaran, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya selalu lantang mengkritik dan memberikan pelbagai buah fikiran ketika menjadi pembangkang perlu tampil agresif.

“Perdana Menteri perlu selesaikan isu kenaikan harga barang ini. Jangan tambah kerisauan dan beban kepada rakyat yang begitu menderita ketika ini. Ingat, jika asyik naik harga rakyat akan menjadi mangsa sehingga memaksa mereka mengikat perut kelak. 

“Sampai bila rakyat nak menderita, dulu anda semua yang asyik bercakap dan mengkritik kerajaan sebelum-sebelum ini. Kini apabila sudah berkuasa, bukankah itu jadi keutamaan anda? Mengapa asyik sibuk cari salah pembangkang. 

“Gunakan semua formula, cadangan serta peruntukan yang ada untuk selesaikan masalah rakyat, itu yang paling penting. Menteri sekarang lebih suka kejar populariti daripada dengar masalah dan selesaikan isu mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. 

Kata Parameswaran lagi, kenaikan harga barang ini akan menyebabkan kuasa beli rakyat akan menurun.

Jelasnya tidak sampai dua bulan selepas harga ayam dan telur naik, kini ada laporan kesemua harga barang akan meningkat.

“Bagaimana agaknya rakyat hendak hidup selepas ini? Gaji tidak naik tapi kos semuanya naik. Bagaimana hendak lalui tekanan seperti ini? Adakah kerajaan kini fikir semua itu atau hanya sibuk berkempen serta berpolitik. 

“Fikir sikit tentang rakyat akan sengsara terutamanya golongan B40 dan M40,” tegasnya.

Parameswaran juga berharap rakyat sedar bahawa kerajaan hari ini tidak pernah fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat. -MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo