KUALA LUMPUR – Selepas dilabel kaduk naik junjung, Tan Sri Annuar Musa nekad mendedahkan komplot Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pemilihan UMNO 2018.
Annuar mendakwa Presiden UMNO pernah mengarahkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden sedangkan Ahmad Zahid maklum yang beliau selaku Setiausaha Agung UMNO itu tidak berminat dengan jawatan nombor dua itu.
“Saya sudah sampai Lapangan Terbang Subang waktu itu, dia call suruh saya bertanding, saya kata macam mana nak bertanding, naib presiden pun tak pernah bertanding, macam mana nak bertanding timbalan presiden.
“Saya bukan nak tanding, Zahid tahu saya tak nak bertanding, saya hanya bertanding Majlis Kerja Tertinggi (MKT), dia kata, anggap ini sebagai arahan.
“Saya kata kenapa saya nak kena bertanding? Dia kata sebab Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) tak nak bertanding, dia pula tak nak Tok Mad,” katanya kepada MalaysiaGazette dalam satu wawancara hari ini.
Sebelum ini, Annuar membuat keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menentang penyandangnya, Mohamad pada pemilihan parti itu 30 Jun 2018.
Keputusan Annuar menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini parti.
Tambah Annuar, Ahmad Zahid menolak timbalannya susulan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2018 menunjukkan prestasi yang cemerlang di bawah pentadbiran Mohamad.
“Bila Zahid ambil alih, pergi separuh jalan, kita lihat orang marah sangat pada UMNO selagi Zahid pegang. Dia berundur sekejap, bila Tok Mad pegang, UMNO naik mencanak, ini sejarah.
“Data pilihan raya bawah Tok Mad, menang… menang…menang…kemudian bila dia (Zahid) nampak Tok Mad kuat, dia datang balik, claimbalik jawatan daripada Tok Mad.
“Dia tak boleh tipu, dia beritahu saya, dia tak nak Tok Mad kuat, sekarang dia kutuk saya kalah, maka dia lantik saya jadi SUA UMNO,” katanya.
Annuar mendakwa tiada pilihan melainkan terpaksa menuruti arahan Ahmad Zahid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa keluar berkempen.
“Oleh kerana dia kata, saya dilantik oleh dia, maka saya bertanding, dia pun tahu saya bertanding, saya tak berkempen pun.
“Bukan saya minat sangat dengan jawatan itu, saya ini pekerja parti dan saya orang yang tak ada duit nak tabur sana tabur sini, saya masuklah bertanding, maka saya tak menang, saya tak dukacita, sebab Tok Mad kawan baik saya,” katanya lagi.
Meskipun Annuar tewas namun beliau berjiwa besar dan boleh menerima sesiapa sahaja di dalam UMNO untuk menjadi pemimpin parti itu.
“Saya tanding lawan Tok Mad saya kalah, Tok Mad jadi calon di Rembau, siapa dia pengarah pilihan raya dia? Bukan orang Negeri Sembilan (tapi) saya, saya pengurus kempen, saya penyelaras koordinator pilihan raya Rembau.
“Saya yang atur strategi biar Tok Mad menang dengan majoriti besar, Tok Mad jangka menang 2,000 undi sahaja, saya kata tidak, saya akan buat sesuatu, dia akan menang lebih dari itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment