NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angka kematian meningkat, Israel teruskan operasi tentera di Jenin



RAMALLAH/TEL AVIV: Jumlah kematian meningkat kepada 10 sejak bermulanya operasi ketenteraan besar-besaran Israel di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mayat seorang warga Palestin dengan kesan tembakan ditemui semalam, menurut Kementerian Kesihatan di Ramallah.

Selain itu, 100 cedera dengan 20 lagi kritikal.

Semalam, Israel melancarkan satu lagi operasi ketenteraan terbesar di Tebing Barat dalam beberapa dekad.

Dari Ahad hingga semalam, 1,000 askar Israel memasuki bandar Jenin di utara Palestin berikutan beberapa serangan udara dan bertempur selama beberapa jam dengan penduduk Palestin. 

Menurut tentera Israel, operasi itu menyasarkan infrastruktur 'pengganas' Palestin.

Jenin dan kem pelariannya dianggap kubu kuat 'militan'. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk bandar itu melakukan beberapa serangan terhadap warga Israel.

Menurut laporan Palestin, beribu-ribu orang dipindahkan pada waktu malam ke pusat perlindungan kecemasan berdekatan kem pelarian yang mempunyai kira-kira 17,000 penduduk.

Tidak dapat dipastikan berapa lama tentera Israel akan meneruskan operasinya.

- BERNAMA-dpa




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo