Saya nak tanya orang Selangor, korang ada Menteri Besar ke tak? Kenapa isu air sampai hari ni tak selesai? Saya tanya sebab saya ada baca isu paip asbestos cement (AC) yang usang sepanjang 6,000 kilometer masih tak tukar.
Apa kaitan dengan rakyat Selangor? Meh saya cerita. Bila paip usang ni tak ditukar, air tidak terhasil atau non-revenue water (NRW) akan menjadi tinggi. Selangor punya NRW sekarang adalah 27.5% dan Selangor hasilkan air 5,800 juta liter sehari. Jadi setiap hari, 1,595 juta liter air akan hilang begitu sahaja di Selangor. Banyak kan?
Sekarang kita compare dengan Kelantan, walaupun NRW mereka tinggi iaitu 52%, tapi Kelantan hasilkan air sebanyak 500 juta liter sehari sahaja. Jumlah NRW mereka adalah 260 juta liter sahaja.
Apa kesannya? Semua air yang hilang ke perut bumi ni menyebabkan Syarikat Air Selangor kehilangan hasil. Bila Air Selangor dah hilang hasil, dia akan cari jalan nak atasi kekurangan hasil tu. Korang tahu apa dia akan buat? Dia mula lah nak naikkan tarif air! Bil air kita akan tiba-tiba naik. Kita bayar bil air sendiri tau. MB tu, bil air naik pun bukan dia bayar, kerajaan negeri bayar!
Mudahkan penyelesaian. Mereka tak buat kerja dengan baik, Air Selangor hilang hasil, lepas tu mereka naikkan tarif air sebab nak cover kelemahan mereka. Banyak cekadak!
Satu lagi korang tahu tak, tahun 2021 sahaja ikut laporan SPAN, 3 kali berlaku penutupan loji rawatan air di Selangor. Setiap kali tutup 323,623 pelanggan terjejas. Puncanya apa? pencemaran air mentah dari operasi kilang haram.
Kilang haram ni satu lagi hal saya tak faham apa MB Selangor buat. Pada November 2020, Exco jawab dalam sidanf DUN ada 5,589 kilang haram beroperasi dengan 869 berada disekitar sungai. Pada 2021, dalam Sidang Dun Selangor Exco kata jumlah kilang haram yang dikesan adalah 5,755 kilang. Terkini jawapan dalam Sidang Dun 2022, jumlah kilang haram ni dah jadi 6,905. Makin naik pula aku tengok. Korang buat operasi banteras kilang haram ke ternak kilang haram?
Tolonglah Menteri Besar, buat kerja sikit. Jangan kuat berpolitik tapi masalah utama tak selesai. Setiap kali gangguan bekalan air asyik turun dan cium air sungai. Masalah tak selesai juga. Kalau macam tu, baik Diva AA jadi Menteri Besar Selangor.
Sumber : fb
No comments
Post a Comment