NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah tolak Hasnul dicalonkan semula di DUN Morib



Amanah Kuala Langat dilaporkan bergolak apabila nama penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, Hasnul Baharuddin ditolak daripada mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Ketuanya, Mohd Safiee Harun berkata pihaknya melihat tempoh dua penggal itu sudah mencukupi bagi Hasnul mencurahkan khidmatnya.

“Amanah Kuala Langat menegaskan menolak mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin menjadi calon Pakatan Harapan (PH) N53 Morib.

“Kami ingin menegaskan penolakan ini kerana beliau telah menjadi ADUN Morib selama dua penggal dari 2013 hingga 2023. Cukuplah dua penggal peluang diberikan kepada Hasnul,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, mereka mahukan calon muka baharu yang lebih berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon.

“Kami berpendirian parti perlulah menampilkan muka baru yang lebih segar dan berwibawa dalam menggalas tanggungjawab membela rakyat, lebih-lebih lagi suasana politik negara yang berubah kepada trend politik baru yang lebih terbuka dan pantas,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Hasnul menang dengan majoriti 2,117 undi menewaskan dua lawannya iaitu Rozana Kamarulzaman dari Barisan Nasional (BN) dan Dr Mohd Sallehudin Hafiz (PAS).

Dalam pada itu, Mohd Shafiee berkata rakyat pastinya mahukan sentuhan keprihatinan dan idea wakil rakyat yang baharu.

“Kami yakin rakyat hanya memberikan peluang kepada seseorang wakil rakyat berkhidmat khususnya di DUN Morib maksima untuk dua penggal sahaja.

“Kami juga yakin parti ini tidak ketandusan pelapis kepimpinan yang berkaliber yang mampu menjadi pemimpin dengan lebih baik. Ruang dan peluang perlu diberikan kepada calon muka baru bagi dipertaruhkan di N53 Morib,” katanya.

Menurutnya lagi, mana-mana kerusi pilihan raya itu bukanlah hak multak individu tertentu untuk terus bertanding hingga menafikan bakat kepimpinan individu lain.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo