NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah NS kecewa tak pertahan Lenggeng, akur keputusan



SEREMBAN: Amanah Negeri Sembilan mengakui kecewa tidak diberi peluang mempertahankan kerusi Lenggeng dimenanginya pada PRU14 yang diserahkan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini.

Ketuanya MK Ibrahim Abd Rahman berkata bagaimanapun mereka akur keputusan pucuk pimpinan dan sedia membantu kempen calon BN Mohd Asna Amin yang mewakili parti gabungan kerajaan perpaduan.

“Kecewa itu memang kecewa…tetapi akur dan kita akan ikut arahan parti. (Kita) akan bantu kempen ini sekadar mana yang mampu,” katanya kepada FMT.

Pada PRU14, Suhaimi Kassim daripada Amanah yang bertanding atas tiket PKR ketika itu menang dengan majoriti 986 undi menewaskan Mazalan Maarop (BN) dan Mohammad Ghazali Abu Bakar (PAS).

Asna yang dipertaruhkan untuk membawa cabaran gabungan kerajaan perpaduan pada PRN bulan depan akan berdepan Mohd Fadli Che Me daripada Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Asna berkata beliau sudah bertemu Ibrahim yang memberi jaminan menyokong sesiapa sahaja dipilih pucuk pimpinan.

“Kalau daripada Amanah dia sokong, kalau BN dia akur. Pimpinan Amanah beri kerjasama ‘solid’ bukan main-main,” katanya yang turut mendakwa menemui Suhaimi dan mendapat sokongannya.

Asna yang juga naib ketua Umno Seremban berkata dengan sokongan itu termasuk daripada PKR dan DAP selain 80% majoriti penduduk Melayu, kerusi Lenggeng wajib dimenangi.

Beliau turut yakin gelombang hijau yang merujuk kepada sokongan padu orang Melayu kepada PAS tidak akan sampai ke Negeri Sembilan.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo