NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aksi Songsang The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan



SHAH ALAM - Pengunjung dengan gelang tangan seharian Good Vibes Festival 2023 bertarikh 21 Julai boleh menghadiri acara itu sama ada Sabtu atau Ahad sebagai ganti kepada persembahan kumpulan muzik, The 1975 yang terpaksa dihentikan serta-merta semalam.

Menerusi satu kenyataan Good Vibes Festival pada Sabtu, pihaknya sentiasa berdedikasi untuk memberikan pengalaman muzik yang menyeronokkan.

“Kepada mereka yang hadir pada Jumaat (21 Julai), kami memahami kekecewaan anda. Jika mempunyai gelang tangan seharian dengan tarikh itu, anda kini boleh memilih untuk menghadiri festival berkenaan sama ada pada Sabtu atau Ahad.

“Pengunjung hanya perlu kemukakan gelang tersebut di pintu masuk utama untuk kemasukan. Kami berharap dapat berjumpa dengan anda tidak lama lagi,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Festival Good Vibes 2023 akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Sebelum ini media tempatan melaporkan, persembahan kumpulan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dihentikan selepas vokalis, Matty Healy memaparkan aksi kurang sopan dan bertindak menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Sumber | Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo