NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Air Selangor mohon pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin



Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Abas Abdullah, berkata langkah tersebut bagi memastikan keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan Air Selangor dapat dicapai ke arah bekalan air yang berdaya tahan, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata syarikat itu kini beroperasi dalam persekitaran tarif yang tidak memulihkan kedua-dua perbelanjaan modal (Capex) dan perbelanjaan operasi (Opex) dengan bermakna tiada keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan.

“Kelewatan selanjutnya dalam pelarasan tarif akan menyebabkan cabaran bagi kami untuk mencapai pemulihan kos penuh dan menghalang keupayaan syarikat untuk terus menaik taraf infrastruktur air yang semakin usang, yang akhirnya akan memberi kesan kepada tahap perkhidmatan kami dalam jangka panjang,” katanya ketika membentangkan Laporan Kelestarian Air Selangor 2022, di sini, hari ini.

Berkuat kuasa 1 Ogos 2022, tarif bekalan air untuk akaun bukan domestik dan khas telah diselaraskan dengan kenaikan purata 28 sen bagi setiap meter padu (m3) air.

Tarif bekalan air untuk pengguna domestik kekal tidak berubah tetapi kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan cadangan semakan semula tarfif air.

Mengenai laporan tersebut, Abas berkata syarikat tersebut mencatat peningkatan pendapatan RM2.45 bilion tahun lalu berbanding RM2.18 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, peningkatan 12.38 peratus itu direkodkan hasil pemulihan ekonomi negara selepas kelonggaran dan penghapusan sekatan COVID-19 serta pelarasan tarif air bukan domestik dan kategori khas sejak Ogos tahun lalu.

“Walaupun peningkatan hasil, ia masih tidak mencukupi untuk mengimbangi Opex dan Capex dan ia akan memberi kesan kepada pengurusan operasi jangka panjang Air Selangor,” katanya.

Laporan itu memaklumkan Capex juga meningkat 88.21 peratus kepada RM2.58 bilion tahun lalu berbanding RM1.37 bilion pada 2021.

Sementara itu, Air Selangor juga mencatatkan pelbagai pencapaian menerusi inisiatif kelestarian 2022 termasuk kadar air tanpa hasil (NRW) yang lebih rendah pada 27.76 peratus pada 2022, penurunan 0.23 peratus berbanding 2021 serta pematuhan Standard Kualiti 99.85 peratus Air Minum Kementerian Kesihatan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo