BN bertindak mengumumkan calon mereka di kerusi DUN Tepuh dan Bandar meski Amanah mendakwa perbincangan masih berjalan. |
Agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) nampaknya tidak lancar meski hari penamaan calon hanya dalam beberapa hari saja lagi.
Memetik laporan Utusan, akhbar itu melaporkan pengundi di Terengganu memberi gambaran pembahagian kerusi di negeri itu ‘kucar hanyar’ yang bermaksud tidak berketentuan.
Amanah Terengganu dikhabarkan tidak berpuas hati apabila DUN Tepuh yang didakwa merupakan milik parti itu namun direbut sesuka hati oleh sekutu baharunya, BN yang mengumumkan calon mereka.
Malah kerusi DUN Bandar yang dikatakan masih dalam peringkat rundingan antara Amanah dan BN juga ‘dicantas’ lebih awal oleh BN.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Ahad lalu dilaporkan berkata dua kerusi di Terengganu itu masih dalam perundingan dengan BN dan PKR.
Sebelum itu, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad meluahkan kekecewaan terhadap BN apabila merampas kerusi DUN Tepuh yang sepatutnya diserahkan kepada parti itu.
Beliau memberitahu, kerusi tersebut merupakan milik Amanah selepas dipersetujui BN dalam Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Terengganu pada Mei lalu.
Kerusi DUN Tepuh akan ditandingi calon BN, Muhammad Hanafi Hasan dan DUN Bandar BN mencalonkan, Armi Irzan Mohd.
Selain itu, pengundi di Parlimen Kuala Terengganu pula terkejut dengan tindakan BN yang menyerahkan kerusi tradisional BN kepada PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung serentak dengan PRN pada 12 Ogos ini.
Bagaimanapun terdapat desas-desus yang mendakwa BN menyerahkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada PH sebagai pertukaran dengan DUN Tepuh.
Selain itu terdapat juga dakwaan keputusan BN itu juga disebabkan parti tersebut tidak yakin untuk memenangi Parlimen tersebut yang dimenangi calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim sebelum ini dengan majoriti 40,907 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment