NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AGENDA BUNUH WATAK SANUSI DALAM POLITIK DI ERA DRAKONIAN ANWAR CETUS KEMARAHAN RAKYAT

AGENDA BUNUH WATAK SANUSI DALAM POLITIK DI ERA DRAKONIAN ANWAR CETUS KEMARAHAN RAKYAT

"Bukan koman-koman, Sultan (Kedah) setara tu (sehebat tu) hangpa bayang dan tengok menteri besaq (Kedah). Sultan (Kedah) hebat macam tu takkan pilih menteri besaq (Kedah) cokia macam Amir tu" kata Sanusi.

Akibat tidak berpuas hati dengan ucapan itu maka seluruh penyokong-penyokong PH telah dikerah untuk membuat laporan polis dengan alasan Sanusi menghina Sultan Selangor kerana ada menyebut perkataan Sultan walhal tiada secebis hatta sehuruf dan senafas pun Sultan Selangor disebut.

Susulan daripada laporan itu suatu tindakan yang terpaling pantas telah diambil pihak kerajaan Madani dengan mengheret Sanusi untuk dibacakan pendakwaan di mahkamah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dijangka menghadapi sekurang-kurangnya dua pertuduhan, apabila dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di Selayang, esok.

Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdesak dengan pelbagai serangan dan fitnah yang berjaya dipatahkan oleh Sanusi, sebaliknya sokongan rakyat yang semakin bertambah kuat kepada Sanusi menyebabkan pihak PHBN terpaksa menggunakan jalan paling keras dan kotor iaitu merekacipta fitnah ke atas ucapan Sanusi dengan harapan, Sanusi dengan apa jua cara pun WAJIB DIHALANG MEMASUKI PRN.

Ini kerana sokongan yang melonjak Naik kepada sosok Sanusi sudah tentu hadirkan mimpi paling ngeri kepada seluruh PHBN khususnya kepada Anwar. Kehebatan Sanusi menguasai pentas POLITIK beri petanda kepada umur singkat Anwar dalam politik Malaysia. 

Jangankan PHBN dan Anwar bermimpi untuk menerus hayat politik bagi penggal seterusnya, bahkan selepas PRN sudah nampak bayangan kekalahan teruk PRN akan beri tonik kepada Sanusi mengepalai serangan menggegarkan Putrajaya.

Maka apa jua cara pun,......
SANUSI WAJIB DIHALANG BERTANDING PRN DEMI SURVIVAL ANWAR

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo