NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada prosedur di KLIA, tak boleh sesuka hati berjalan-jalan: Laporan



Prosedur di kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah ketat dan mana-mana individu tidak boleh berjalan-jalan sesuka hati.

Sebuah portal melaporkan, sesebuah lapangan terbang bukan sahaja tertakluk kepada peraturan negara, tetapi juga berada di bawah piawaian antarabangsa yang melibatkan Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO).

Walaupun berstatus menteri sekalipun, ia tidak bermakna seseorang individu itu boleh melakukan sesuka hati, ia kerana mengikut prosedur Annexe 17, ICAO hanya individu yang mempunyai pas masuk ‘aviation security’ atau AvSec sahaja yang boleh memasuki lapangan terbang.

Portal MG (MalaysiaGazette) dalam laporan memetik sumber di lapangan terbang, tindakan seorang menteri yang didakwa ‘menyerbu’ masuk KLIA baru-baru ini adalah melanggar prosedur sekiranya tidak memiliki pas.

Jelasnya, pas tersebut adalah surat rasmi yang dikeluarkan menurut Akta Kawasan-Kawasan dan Tempat Larangan 1959 dan arahan ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Oleh itu, waima apa pun alasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung tindakannya ‘menyerbu’ masuk KLIA, Datuk Seri Tiong King Sing perlu membuktikan beliau mempunyai pas masuk dan memakainya sepanjang masa ketika berada di dalam bangunan tersebut.

Bukti ini penting bukan sahaja kepada rakyat yang mengikuti isu ini tetapi kepada dunia.

“Isu ini serius sebenarnya kerana jika Malaysia Airports Holdings Berhad tidak dapat membuktikan prosedur keluar dan masuk KLIA tidak dipatuhi, maka rating keselamatan KLIA akan terjejas.

“Kalau kami yang bekerja di KLIA pun wajib mematuhi piawaian ini, apatah lagi orang luar kan,” katanya.

Beliau yang sudah 30 tahun keluar, masuk lapangan terbang turut terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa selagi menteri ada kerja rasmi, mereka boleh memasuki kawasan tersebut.

Menyangkal kenyataan Loke, sumber itu menyifatkan menteri tersebut telah memberi isyarat yang salah dan mengelirukan.

“Dengan kenyataan Loke itu adakah bermakna menteri pendidikan juga boleh ‘menyerbu’ masuk KLIA jika ada penuntut antarabangsa ditahan. Atau bolehkan menteri kesihatan sewenang-wenangnya memasuki KLIA dengan alasan ada penumpang dijangkiti virus?

“Jangan sesekali memandang mudah dengan semua isu sehingga keselamatan pintu masuk diambil ringan. Semua menteri perlu tahu lapangan terbang adalah salah satu pintu masuk negara yang perlu dilindungi dalam sebarang bentuk pencerobohan, lantaran itu ia di bawah kawalan Kemeenterian Dalam Negeri (KDN).

“Setahu saya, Menteri KDN pun belum memberi sebarang kenyataan, selain mahu membawa isu ini kepada mesyuarat Kabinet. Mengapa menteri daripada portfolio lain pula beriya-iya menjawab,” tanya beliau.

Pekerja itu menambah, kselamatan pintu masuk perlu dipertahankan daripada ‘diceroboh’ oleh mana-mana pihak,” katanya yang cukup kesal apabila perkara ini dipandang mudah oleh segelintir pemimpin negara.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo