NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abang Jo terkilan, pembaikian sekolah usang di Sarawak tidak menjadi fokus utama KPM

Premier Sarawak Abang Johari Openg menggesa KPM menunaikan janjinya berhubung pembaikan sekolah usang di Sarawak. 


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) berlengah-lengah dalam mengeluarkan dana untuk membaiki sekolah usang, dakwa Premier Sarawak Abang Johari Openg.

“Kementerian hanya bercakap (mengenainya) tetapi tidak mengeluarkan dana untuk membaiki sekolah di Sarawak,” katanya sambil menambah, guru-guru terpaksa menggunakan apa yang ada.

“Pendidikan sangat penting, itulah sebabnya saya agak terkilan dengan Putrajaya mengenai perkara ini. Mereka patut berpegang kepada kata-kata mereka,” katanya selepas sebuah acara di SMK Gedong, Kuching hari ini.

Ads by Kiosked

Abang Johari berkata, Sarawak terpaksa membiayai kerja pembaikan menggunakan dana sendiri.

“Saya telah minta butiran dan kos daripada Jabatan Pendidikan, tetapi sehingga hari ini, mereka tidak beri apa yang saya minta,” katanya.

Pada Mei, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa KPM dan Kementerian Kewangan memastikan tiada “gangguan birokrasi” yang akan menjejaskan usaha membaiki sekolah usang di negara ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan kedua-dua kementerian untuk menyegerakan kerja-kerja pembinaan semula di sekolah-sekolah ini, dan beliau tidak mahu sebarang masalah pentadbiran menghalang inisiatif kerajaan.

Anwar, yang juga menteri kewangan, bertanya mengapa segelintir pelajar masih belajar tanpa kemudahan asas seperti tandas sedangkan Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo