NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

300,000 Pelajar Diunjurkan Tak Mahu Sambung Belajar – Timbalan Menteri



MELAKA, 21 Julai 2023 – Seramai 300,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diunjurkan tidak berminat menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.

Mustapha berkata, Kerajaan kini berdepan cabaran untuk mencapai sasaran melahirkan tenaga kerja mahir sebanyak 35 peratus menjelang 2030, memandangkan negara masih berada pada tahap 28 peratus.

Jelasnya, sasaran itu penting untuk dicapai sekiranya Malaysia mahu menjadi negara maju.

“Unjuran 300,000 pelajar yang tidak mahu menyambung pelajaran sememangnya membimbangkan. Antara sasaran kita di peringkat kementerian adalah untuk melahirkan sebanyak 35 peratus tenaga mahir menjelang 2030.”

“Sekarang ini masih pada tahap 28 peratus. Ini agak membimbangkan apabila lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran. Kita bimbang tidak dapat mencapai tenaga mahir mencukupi untuk menjadi negara maju.”

Katanya, tenaga mahir ini diperlukan agar dapat menggerakkan industri-industri yang ada di negara ini.

Tidak menafikan kenyataan, Mustapha mengakui sebahagian besar remaja ini terpengaruh dengan ekonomi gig, menjadikan ia cabaran terbesar buat Kerajaan.

Justeru katanya, kerjasama rapat antara Kementerian Pendidikan, sekolah serta ibu bapa penting bagi memberi kesedaran kepada remaja.

“Mereka perlu memiliki sijil kemahiran, diploma atau ijazah kerana itulah yang kekal sampai bila-bila. Sebab itu kita promosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), ambil kursus modular atau jangka pendek.”

“Mereka boleh terus bekerja asalkan tidak terputus pendidikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Simposium Keharmonian Perusahaan Zon Selatan 2023 pada Khamis.


Sumber I Samudera.my



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo