NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 hari sebelum penamaan calon, PM umum pemberian duit

Dalam ucapan sama, Anwar turut mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.




Menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan bulan depan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian RM100 kepada lebih 10 juta rakyat yang akan dikreditkan dalam e-dompet.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penerima manfaat ini merupakan mereka yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Pengumuman ini dibuat dua hari sebelum penamaan calon bagi PRN di enam negeri yang dijadualkan pada Sabtu, 29 Ogos 2023 ini.

Bulan lalu, kerajaan mengagihkan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program e-Tunai Belia Rahmah melibatkan kira-kira dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan jumlah peruntukan RM400 juta.

Dalam ucapan sama, Anwar turut mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Sementara itu, pesara kerajaan pula akan menerima bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

“Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

“Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Dengan pemberian permulaan ini, diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani, memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo