Ahmad Samsuri yang bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memenangi kerusi itu selepas menewaskan dua calon lain dengan majoriti 6,028 undi.
Ia diumumkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Datuk Husain Awang.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, PN turut mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu dengan mengekalkan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim.
PN juga menampilkan 11 muka baharu, termasuk seorang calon wanita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor bagi kerusi DUN Ladang.
Daripada 11 muka baharu itu, lima kerusi iaitu Hulu Besut, Telemung, Permaisuri, Seberang Takir dan Kijal akan ditandingi calon BERSATU.
Berikut adalah senarai calon PN Terengganu
N01 Kuala Besut - Azbi Salleh (PAS)
N02 Kota Putera - Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (PAS)
N03 Jertih - Dr Riduan Mohamad Nor (PAS)
N04 Hulu Besut - Mohd Husaimi Hussin (BERSATU)
N05 Jabi - Dr Azman Ibrahim (PAS)
N06 Permaisuri - Mohd Yusop Majid (BERSATU)
N07 Langkap - Azmin Maarof (PAS)
N08 Batu Rakit - Mohd Shafizi Ismail (PAS)
N09 Tepuh - Hishamuddin Abdul Karim (PAS)
N10 Buluh Gading - Ridzuan Hashim (PAS)
N11 Seberang Takir - Khazan Che Mat (BERSATU)
N12 Bukit Tunggal - Zaharudin Zahid (PAS)
N13 Wakaf Mempelam - Wan Sukairi Wan Abdullah (PAS)
N14 Bandar - Ahmad Shah Muhamed (PAS)
N15 Ladang - Zuraida Md. Noor (PAS)
N16 Batu Buruk - Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS)
N17 Alur Limbat - Ariffin Deraman (PAS)
N18 Bukit Payung - Mohd Nor Hamzah (PAS)
N19 Ru Redang - Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS)
N20 Pengkalan Berangan - Sulaiman Sulong (PAS)
N21 Telemung - Mohd Zawawi Ismail (BERSATU)
N22 Manir - Hilmi Harun (PAS)
N23 Kuala Berang - Dr Mamad Puteh (PAS)
N24 Ajil - Maliaman Kassim (PAS)
N25 Bukit Besi - Ghazali Sulaiman (PAS)
N26 Rantau Abang - Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli (PAS)
N27 Sura - Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi (PAS)
N28 Paka - Datuk Satiful Bahari Mamat (PAS)
N29 Kemasik - Ir Saiful Azmi Suhaili (PAS)
N30 Kijal - Datuk Rozali Idris (BERSATU)
N31 Chukai - Hanafiah Mat (PAS)
N32 Air Putih - Mohd Hafiz Adam (PAS)
No comments
Post a Comment