NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 PATI Indonesia ditahan di pesisiran pantai Merlimau

Sebahagian daripada 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dicekup ketika cuba keluar dari sempadan negara ini melalui persisiran pantai di Merlimau lewat malam tadi.


JASIN – Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dicekup ketika cuba keluar dari sempadan negara ini melalui persisiran pantai di Merlimau di sini lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, tangkapan dibuat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menjalankan Op Merpati kira-kira pukul 11.30 malam.

Menurutnya, ia selepas menerima maklumat daripada penduduk kampung mendakwa sekumpulan PATI sedang bersembunyi di kawasan hutan paya bakau pantai berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI warga Indonesia, tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 30 sehingga 60 tahun termasuk seorang kanak-kanak lelaki dua tahun mengaku sedang bersembunyi di kawasan paya bakau di situ.

“Siasatan mendapati, semua mereka dipercayai cuba di bawa keluar dari Malaysia oleh dalang penduduk tempatan yang mendapat upah kira-kira RM1,500 bagi setiap PATI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Jamil, kesemua PATI yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Polis memohon kerjasama masyarakat setempat yang mempunyai maklumat mengenai akitivit pendaratan warga asing tanpa dokumen sah di persisir pantai agar segera memaklumkannya di balai polis berhampiran.

“Maklumat juga boleh disalurkan melalui talian hotline bilik gerakan 24 jam bu Pejabat Polis Daerah Jasin 06- 5291122,” katanya sambil menambah suspek warga tempatan masih sedang dikesan polis. – MalaysiaGazette.




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo