NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

USM lancar satelit pertamanya ke A-SEANSAT-PG1 LEO ke angkasa lepas

USM lancar satelit pertamanya ke A-SEANSAT-PG1 LEO ke angkasa lepas - Twitter BERNAMA


GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerja sama sebuah syarikat teknologi angkasa lepas tempatan Angkasa-X Innovation Sdn Bhd, melancarkan satelit orbit rendah bumi (LEO) ke angkasa lepas dari Russia, hari ini.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Mohamad, berkata pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 itu, akan menerajui pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas Malaysia dan memacu kemajuan ekonomi bagi negara dalam kawasan khatulistiwa.

"Peristiwa bersejarah ini melambangkan hasil kerja keras dan komitmen yang tinggi. Kejayaan pelancaran ini bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan Malaysia dalam teknologi angkasa lepas, tetapi juga menjadi inspirasi kepada saintis dan jurutera di Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1, disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, dengan pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 dan 200 satelit selepas itu, Angkasa-X berhasrat untuk mewujudkan ekonomi angkasa yang teguh, terutamanya dalam ASEAN.

Beliau berkata, satelit itu juga akan menyumbang kepada mewujudkan satu keadaan di mana ketersambungan data dan informasi penting, akan dapat dicapai dengan mudah dan mampu oleh masyarakat, kerajaan dan juga syarikat.

"Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara untuk mereka bentuk, memasang dan melancarkan satelit LEO buatan sendiri.

"Pelaburan dalam satelit dan teknologi angkasa lepas satelit, akan memangkinkan bakat, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, membangunkan solusi teknologi angkasa lepas baharu untuk dipasarkan secara global, dan menarik pelaburan serta bakat domestik dan antarabangsa, serta memberikan impak ekonomi yang positif kepada negara," katanya.– BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo