NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi DAP: Ahli UMNO Perlukan Penjelasan

Undi DAP: Ahli UMNO Perlukan Penjelasan

Pimpinan UMNO sedang berusaha sedaya upaya menyucikan DAP. Medan Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) dijadikan sebagai "mesin basuh politik" bagi mencuci segala dosa DAP. Pada saya jika UMNO hendak sucikan DAP boleh sangat. Tetapi pimpinan UMNO perlu memberikan penjelasan kepada perkara berikut:

1. Jelaskan semula pendirian UMNO mengenai Deklarasi Setapak 1967 oleh DAP yang menuntut penghapusan sistem bumiputra. Apakah UMNO sudah boleh menerima tuntutan ini?

2. Jelaskan semula pendirian UMNO mengenai UEC yang dituntut DAP untuk diiktiraf? DAP pernah mengugut untuk keluar dari Kerajaan sekiranya UEC tidak diiktiraf. Apakah UMNO boleh berlapang dada dan menerima pengiktirafan UEC?

3. Jelaskan semula pendirian UMNO terhadap kenyataan Setiausaha Agungnya Dr Asyraf Wajdi yang pernah menyatakan DAP menghina bahasa kebangsaan (surat kementerian), tidak menghormati hak keistimewaaan orang melayu dan bumiputra Sabah Sarawak (ICERD) dan menghakis kuasa Raja-Raja Melayu (Rome Statute). Apakah DAP sudah boleh diterima dengan agenda-agenda halusnya?

4. Jelaskan semula pendirian UMNO terhadap tindakan DAP Pahang yang bantah tulisan jawi di Negeri Pahang. Kalau dulu Pemuda UMNO gelar DAP biadap dan keterlaluan. Apakah sekarang ia boleh diterima? 

5. Jelaskan semula pendirian UMNO terhadap ceramah-ceramah rasis penceramah DAP yang mahu "skru" orang Melayu. Ceramah ini pernah disiarkan oleh Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016. Apakah sekarang perkara ini sudah dimaafkan? 

6. Jelaskan pendirian UMNO terhadap desakan Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P.Ramasamy yang mahu reformasi dalam sektor perkhidmatan awam yang tidak boleh didominasi oleh orang Melayu sahaja. Setujukah dengan cadangan ini?

Pemimpin UMNO wajar memberikan penjelasan ini kepada semua ahli dan penyokong mereka sebelum menghalalkan hubungan UMNO-DAP. Ahli dan penyokong UMNO bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung dan akan mengikut segala tindakan pemimpin mereka. 

Akhirnya saya tinggalkan semua ahli dan penyokong UMNO dengan pantun keramat YB Ahmad Maslan

Jika tuan pergi memancing,
Jangan lupa membeli umpan,
Jika tak mahu kena kencing,
Jangan sokong Pakatan Harapan (dan UMNO). 

Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo