NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Ketereh persoal tindakan PH lapor polis berkait doa ‘musuh Allah’



Ketua Penerangan UMNO Ketereh, Nik Saiful Adli Buhari memmpertikai tindakan parti-parti kerajaan yang membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berkait doa ‘musuh Allah’.

Nik Saiful berkata doa yang dibaca Zainul Asri ketika program Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah 24 Jun lalu itu bersifat umum yang tidak ditujukan kepada parti lawan.

“Doa Sheikh Zainul Asri bersifat general (umum), bukan ditujukan kpd parti lawan…Tak perlulah report (lapor) polis, desak buka kertas siasatan.

“Pihak polis juga sibuk, banyak kerja lain. Banyak lagi kes curi motor hisap dadah dan rogol tak sempat nak siasat!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.


Malah beliau menyokong doa Zainul Asri yang memohon perlindungan bukan saja untuk Kedah.

“Baguslah berdoa semoga bukan sahaja Negeri Kedah malah seluruh Malaysia dilindungi Allah daripada musuh-musuh Allah.

“Musuh Allah ini bukan parti politik atau individu tertentu. Jika PAS menggunakan agama untuk kepentingan diri dan kekayaan, menindas rakyat dan gagal menjalankan amanah, PAS juga boleh jadi musuh Allah. Begitu juga dengan parti-parti dan pemerintah lain,” katanya lagi.

Kelmarin, Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Zainul Asri yang merupakan pendakwah bebas atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.

Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya membuat laporan berkenaan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Semalam, Zainul Asri menafikandakwaan pihak yang menafsir ucapannya itu sebagai satu kenyataan politik, sebaliknya ia ditujukan kepada golongan seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran.

“Sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak sebut mana-mana parti politik dan juga sesiapa sahaja.

“Yang dimaksudkan saya dalam ucapan itu adalah firman Allah yang bermaksud “Tidak akan meredai golongan Yahudi dan Nasrani sehingga lah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka” (Surah al-Baqarah ayat 120).

“Saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada muslimin muslimat dan rakyat Malaysia yang tersinggung, tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo