NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Hulu Selangor tuntut 2 kerusi DUN

Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor,Datuk Mohd Isa Abu Kasim (empat kanan) mempengerusikan Mesyuarat Ahli JawatankuasaUMNO Bahagian Hulu Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pejabat UMNO Hulu Selangor dekat Kuala Kubu Bharu,malam ini Foto NSTP/ROSMAN SHAMSUDIN



HULU SELANGOR: UMNO Bahagian Hulu Selangor menuntut dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diberikan kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata, kerusi berkenaan ialah DUN Hulu Bernam dan Batang Kali.

Katanya, DUN Hulu Bernam menjadi kawasan tradisi UMNO sejak dahulu sehingga kini perlu dikekalkan kepada BN dalam PRN nanti.

Katanya, UMNO bahagian juga menuntut kerusi DUN Batang Kali diberikan kepada calon BN yang akan diwakili calon UMNO kerana kerusi terbabit juga merupakan kerusi tradisi UMNO sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) pada 2018.

"Saya yakin kerusi DUN Hulu Bernam yang merupakan kubu kuat BN yang diwakili UMNO sejak dahulu tetap akan diwakili calon UMNO dalam PRN nanti.

"Manakala, kerusi DUN Batang Kali sudah tentu menjadi tumpuan parti- parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan dan saya berharap kerusi berkenaan juga diberikan kepada calon BN yang akan diwakili oleh UMNO," katanya selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Selangor di Pejabat UMNO Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, malam ini.

DUN Batang kali diisytiharkan kosong berikutan wakil rakyat berkenaan, Harumaini Omar (PEJUANG) gagal hadir sidang diri tanpa kebenaran, semasa persidangan dewan melebihi enam bulan sejak 28 Julai tahun lalu.

DUN Hulu Bernam kini disandang oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar selama dua penggal sejak menang dalam PRU Ke-13 dan PRU Ke-14.

Satu lagi DUN ialah Kuala Kubu Baru yang kini diwakili Lee Kee Hiong dari Pakatan Harapan.

Mohd Isa berkata, beliau yakin BN mampu mengekalkan momentum kemenangan di DUN Hulu Bernam dan merampas kembali kerusi di DUN Batang Kali dalam PRN nanti.

Katanya, BN terutama UMNO mempunyai kekuatan jentera pilihan raya di semua cawangan dan akan digerakkan bagi memastikan kedua-dua kerusi yang bakal ditandingi itu mampu menyumbang kemenangan bagi membentuk kerajaan negeri.

Berkenaan calon UMNO yang akan bertanding dalam PRN, Mohd Isa berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk menentukan calon dalam PRN berkenaan.

"Saya berharap semua pimpinan dan ahli UMNO dari peringkat bahagian mahu pun akar umbi perlu menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi calon dalam PRN nanti.

"UMNO bahagian ini tidak ketandusan pemimpin untuk menjadi calon dan ke semua senarai nama calon yang dihantar ke peringkat tertinggi mempunyai kekuatan dan keistemewaan masing-masing," katanya.

Mohd Isa berkata, UMNO bahagian juga bersedia bekerjasama dengan parti-parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan supaya pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan seiring di peringkat kerajaan negeri selepas PRN kelak.

Katanya, beliau yakin kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Kerajaan Persekutuan jika diterjemahkan dalam PRN bakal memberi manafaat kepada seluruh penduduk di parlimen berkenaan.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo