NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini



UMNO perlu menerima hakikat bukan lagi sebuah parti dominan dan tidak boleh bertanding semua kerusi, kata Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ketua Wanita UMNO itu berkata semua ahli parti perlu berlapang dada untuk menerima keputusan untuk bergabung dengan parti seteru dalam kerajaan campuran dan perlu berkompromi kerana sudah tidak sekuat seperti dahulu lagi.

“Ingatlah kita bukan lagi sebuah parti yang dominan, kita tidak akan bertanding semua kerusi. 

“Kita perlu bermuafakat, kita perlu berkompromi untuk membawa kemenangan kepada kerajaan yang kita dukung bersama,” katanya semasa Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2023 hari ini.

Jelasnya, UMNO juga perlu memastikan dan membantu rakan parti dalam kerajaan campuran untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi di enam negeri.

“Kita bukan saja perlu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) tetapi juga membantu rakan parti dalam gabungan kerajaan memenangi kerusi masing-masing, seperti mana kita mengharapkan sokongan yang sama daripada mereka.

“Ya, saya tahu, saya faham, ia memang sukar kerana UMNO dengan sebahagian daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan sudah lama berseteru, namun dalam mendepani kesukaran ini, ingatlah pepatah Melayu, tidak ada gunung yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah yang tidak dapat dituruni,” katanya lagi.

Menurut Noraini lagi, keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti musuh tradisi dalam kerajaan campuran membuktikan UMNO sebuah parti yang cepat menyesuaikan dengan keadaan semasa.

“Kerjasama ini membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti matang dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan semasa. 

“UMNO bukanlah sebuah parti yang sukar untuk berubah. UMNO juga bukan parti perkauman,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo