Seorang aktivis politik UMNO-Barisan Nasional (BN), Lim Sian See menggesa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) membantah pemberian gelaran Tan Sri kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.
Siam See yang juga pemerhati politik pro UMNO-BN itu berkata langkah pemberian gelaran Tan Sri itu kurang bijak dan boleh menjejaskan sokongan terhadap gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
“Kit Siang adalah poster uncle bagi kebencian majoriti orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).
“Mungkin Kerajaan Perpaduan berhasrat untuk hilang hampir semua undi Melayu dan seterusnya menjahanamkan UMNO dengan memberi pangkat Tan Sri kepada Kit Siang sebulan sebelum enam PRN akan datang?
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kit Siang merupakan antara penerima gelaran Tan Sri dalam istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.
Gambar Kit Siang menghadiri raptai istiadat tersebut turut dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam laman Facebook beliau.
Dalam hantaran berasingan, Sian See bertanya sama ada pemimpin UMNO akan mengucapkan tahniah kepada Kit Siang atas penganugerahan gelaran Tan Sri itu.
“Jika ada, siapa agaknya?” soalnya.
Sumber | Agendadaily
No comments
Post a Comment