NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO-BN guna simbol dacing pada PRN Pulau Pinang, tak guna simbol PH



Simbol dacing kekal digunakan calon UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Pi­lihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang nanti.

UMNO-BN Pulau Pinang tidak akan menggunakan simbol Pakatan Harapan (PH) walaupun sudah bekerjasama sekarang ini bersama-sama DAP dalam gabungan itu, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

“Calon BN-UMNO di Pulau Pinang akan guna logo sendiri ketika PRN, itu keputusan MKT dan ia juga akan digunakan di negeri-negeri yang adakan PRN.

“Calon PH di Pulau Pinang akan guna logo mereka sendiri, ini bagi mengelakkan para pe­ngundi keliru nanti,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya, keputusan menggunakan logo BN itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO (MT) dan terpakai di enam negeri yang mengadakan PRN.

Sementara itu, menurut Mu­sa, isu pembahagian kerusi an­tara BN dan PH di Pulau Pinang dijangka selesai minggu depan.

“Masih ada beberapa perkara perlu diselesaikan di peringkat negeri antara BN dan PH, ini kerana ada beberapa kerusi yang berlaku pertindihan.

“Ada kerusi yang kita minta, rakan PH kita juga minta kerusi itu, jadi perkara ini yang perlu perbincangan mendalam.

“Apa yang boleh dikatakan kita masih bincang dan BN akan tanding lebih daripada dua kerusi di Pulau Pinang,” katanya lagi.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada Pilihan Raya Umum 2018, PH telah memenangi 37 kerusi, ketika Bersatu masih menjadi sebahagian daripada PH.

BN mempunyai dua kerusi manakala PAS memenangi satu kerusi iaitu Penaga.


Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo