NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tunggakan cukai RM1.7 bilion: Pendengaran rayuan Najib dan anak didengar hari ini

Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap penghakiman terus yang diperoleh LHDN untuk mendapatkan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai daripada mereka.


Pendengaran bagi kes rayuan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin dalam isu tunggakan cukai pendapatan berjumlah melebihi RM1.7 bilion berjalan hari ini.

Najib dan anaknya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan sebelum ini berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili bekas Perdana Menteri menyampaikan hujah di hadapan panel lima hakim yang diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Turut bersidang ialah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, Hakim Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN, melalui kerajaan Malaysia juga memfailkan writ saman terhadap Mohd. Nazifuddin pada 24 Julai 2019, mendakwanya masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Pada Julai 2020, dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan Mohd. Nazifuddin kemudian merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 22 dan 6 Julai 2021 oleh Hakim Datuk Ahmad Bache dan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Mereka bagaimanapun gagal untuk mengetepikan penghakiman terus itu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo