NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak boleh sentuh 3R, habis nak buang mana Rukun Negara? : Sanusi



“Kalau sentuh 3R adalah tindakan melampau, habis nak buang mana Rukun Negara?,” demikian reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada pemberita, hari in.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar tidak menyentuh isu sensitif 3R iaitu bangsa, agama dan institusi diraja ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menolak arahan itu, Muhammad Sanusi tiga perkara tersebut tidak seharusnya ditinggalkan memandangkan ianya termaktub dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

“Rukun Negara merangkumi semua perkara termasuk institusi diraja dan agama.

“Dalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Adakah kita kena buang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Rasmi Kenderaan Menteri Besar dan Exco Kedah, hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secara rasmi dibubarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, Rukun Negara ditubuhkan sebagai rujukan kepada semua rakyat Malaysia.

“Kegagalan untuk menyemai semangat nasionalisme membawa kepada tragedi 13 Mei, justeru Rukun Negara diwujudkan sebagai titik rujukan tentang apa yang membentuk negara.

“Cakap pasal agama, bangsa, raja semua tak boleh…sedangkan itu semua dalam Rukun Negara. Jadi hangpa buang Rukun Negara…orang lain buat semua salah, hangpa buat tak apa. Rujuk saja Rukun Negara, itu jawapan saya,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) dilaporkan memberi peringatan kepada parti politik yang terbabit dalam PRN supaya tidak menyentuh isu sensitif 3R.

Menurut Saifuddin, sekiranya perkara itu berlaku menjelang PRN tidak lama lagi, polis akan mengambil tindakan undang-undang dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo