Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, kenyataan Tony Pua tidak menggambarkan ‘semangat kebersamaan’ dalam kerajaan perpaduan. |
PETALING JAYA: MCA mempersoalkan adakah kenyataan bekas wakil rakyat DAP Tony Pua berkaitan Barisan Nasional bererti Pakatan Harapan akan mengkhianati gabungan itu.
Presiden Wee Ka Siong tertanya apakah maksud yang disampaikan Pua apabila mengesyorkan PH memerintah secara solo sekiranya ia menang PRU16.
“Bukankah itu bermaksud BN akan dikhianati oleh PH? DAP akan ‘tikam belakang’?” katanya di Facebook.
Wee mengulas kenyataan Pua yang melabel BN “pakatan korup” selain Bersatu, pada satu majlis kutipan dana DAP semalam. Bekas wakil rakyat itu turut berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri pada PRU akan datang.
“Kalau Pua dah mengkritik BN korup, kenapa pula DAP mahukan sokongan BN untuk tubuhkan kerajaan?” kata Wee, yang juga naib pengerusi BN.
Beliau turut mengingatkan bahawa beberapa pemimpin DAP merupakan menteri dalam kerajaan perpaduan, yang tertubuh dengan sokongan BN.
“Saya selar Pua sebagai ‘mulut celupar’,” katanya, dan menambah kenyataan Pua itu tidak menggambarkan ‘semangat kebersamaan’ dalam kerajaan perpaduan, serta akan mengelirukan penyokong.
Terdahulu, MCA mencabar Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memecat Pua yang juga penasihat dasarnya.
Naib Presiden Ti Lian Ker berkata, tindakan perlu diambil terhadap Pua bagi membuktikan komitmen DAP kepada kerajaan perpaduan.
Loke dilaporkan berkata, Pua tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berunsur serangan terhadap parti sekutu kerana pimpinan DAP memutuskan untuk bekerjasama demi kestabilan politik.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment