Ketua Penerangan Muda Luqman Long berkata kenyataan Amirudin Shari bertujuan mengelirukan pengundi dan tidak menghormati parti itu. |
PETALING JAYA: Muda mendedahkan setakat ini tiada rundingan dibuat bersama Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama, jumlah kerusi dan kawasan akan ditandingi pada PRN.
Ketua Penerangannya, Luqman Long, berkata kenyataan dikeluarkan Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari, yang Muda akan meneruskan kerjasama dengan gabungan itu pada PRN akan datang tidak benar.
Beliau merujuk hantaran Facebook PKR yang memetik Amirudin sebagai berkata: “Muda akan terus bekerjasama dengan PH dalam PRN”.
“Kenyataan ini adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadi menteri besar Selangor (Amirudin).
“Sehingga hari ini, tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan,” katanya dalam kenyataan.
Luqman berkata, kenyataan Amirudin bertujuan mengelirukan pengundi dan tidak menghormati Muda.
“Sebarang hal berkenaan urusan PRN Muda hanya akan diumumkan oleh Muda, bukan PH,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment