NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tarif elektrik: Jangan sampai beri kesan kepada rakyat sebagai pengguna akhir – MCA

Lawrence Low


KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk melaksanakan langkah surcaj elektrik Pelepasan kos Tidak Seimbang (ICPT) pada kadar 20 sen/kWj sejak Januari lepas untuk pengguna elektrik industri bervoltan sederhana dan tinggi dilihat bakal membebankan rakyat sebagai pengguna akhir.

Timbalan Bendahari MCA, Datuk Ir. Lawrence Low berkata, peningkatan kos yang ketara ini dibimbangi akan memaksa pemain industri untuk memindahkan beban tanggungan kos tinggi ini kepada para pengguna, sekali gus menyebabkan peningkatan harga barang-barangan.

Menurutnya, tinjauan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) pada Februari lepas telah mendapati bahawa dasar kerajaan ini telah menjejaskan sebanyak sebanyak 78 peratus responden sehingga ada di antara mereka yang terpaksa membayar bil tambahan dalam ratusan ribu ataupun jutaan ringgit.

“Pada 18 Mei lalu, saya telah menyatakan kebimbangan MCA berhubung pengumuman kerajaan untuk tidak lagi menyediakan subsidi buat isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang tinggi.

” MCA memahami bahawa keadaan ekonomi ini telah meletakkan satu beban yang berat ke atas kewangan kerajaan kerana terpaksa tanggung subsidi yang besar sebanyak RM1.93 bilion.

“Namun kerajaan hari ini juga harus mengambil maklum bahawa sebarang keputusan ataupun dasar yang dilaksanakan tanpa kajian mendalam atau perbincangan rapi dengan persatuan pengguna mahupun pemain industri, bakal menyebabkan satu kesan rangkaian berlaku, dan secara langsung membebankan rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

Justeru itu, kerajaan digesa supaya mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemain industri supaya dapat mencapai persetujuan menang-menang bagi semua pihak.

“Persatuan dan wakil pengguna juga wajar dipelawa untuk mengambil maklum pendapat mereka bagi memastikan rakyat tidak dibebankan dengan kos dan inflasi yang terlampau tinggi, tegas beliau.

Namun kerajaan hari ini juga harus mengambil maklum bahawa sebarang keputusan ataupun dasar yang dilaksanakan tanpa kajian mendalam atau perbincangan rapi dengan persatuan pengguna mahupun pemain industri, bakal menyebabkan satu kesan rangkaian berlaku, dan secara langsung membebankan rakyat dan ekonomi negara.

Kerajaan juga dicadangkan menyediakan insentif bagi pemain industri yang menceburi tenaga hijau, ataupun tenaga boleh diperbaharui.

Pendekatan ini, ujarnya bukan sahaja dapat mengurangkan kos pembuatan, tetap juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil yang terhad sumbernya.

Meskipun negara ini kaya dengan sumber asli, namun kerajaan tidak patut mengambil mudah ke atasnya.

Oleh itu, langkah-langkah untuk menggalakkan pemain industri menerokai tenaga hijau harus digalakkan oleh kerajaan menerusi insentif seperti pengecualian cukai, ataupun penyediaan geran. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo