NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tamat Lesen Judi : Kerajaan PHBN Berani Ikut?

Tamat Lesen Judi : Kerajaan PHBN Berani Ikut? 

1. Setiap negeri yang Pas perintah, lesen judi pasti akan ditamatkan. 

Pas perintah Kelantan 1990 - Lesen judi ditamatkan

Pas perintah Terengganu 1999 - Lesen judi ditamatkan

Pas perintah Kedah 2022 - Lesen judi ditamatkan

Pas perintah Perlis 2023 - Lesen judi ditamatkan

2. Bukan sikit hasil cukai judi yang diterima negeri sebelum itu. Namun Pas mengutamakan keberkatan dalam pentadbiran. Penutupan pintu kerosakan bakal membuka pintu keberkatan dan rezeki. Itulah keyakinan Pas. Tahniah. 

3. Judi terbukti merosakkan sistem sosial masyarakat dalam negara kita. Berapa banyak keluarga telah rosak akibat kesan ketagihan judi. Pengabaian keluarga, berhutang, serta terbabit dengan jenayah mencuri dan sebagainya. Selain itu pasangan terlibat dengan hutang ahlong akibat ketagihan judi juga semakin meningkat. Ia akhirnya membawa kepada perceraian. Mudahnya, tiada yang baik dengan judi. 

4. Selain itu ketagihan judi juga diklasifikasikan sebagai dibawah International Classification of Disease 10 (ICD 10) sebagai permasalahan kesihatan mental. Mereka yang sudah ketagih judi, sanggup berbuat apa sahaja untuk terus berjudi. 

5. Persoalan yang timbul adalah kenapa Kerajaan PHBN dan Kerajaan Pusat masih meneruskan lesen perjudian ini? Masih membuka ruang kepada rakyat terjerumus dan terperangkap dalam masalah sosial yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan? 

6. Kalau Kerajaan Negeri dan Pusat PHBN sayang kepada pendapatan cukai judi, ingatlah peribahasa "Penny wise, pound foolish", "untung secupak, rugi segantang". Begitulah ibaratnya dengan kegiatan perjudian. Keuntungan cukai tak seberapa, namun kerosakan maha besar, apatah lagi ianya haram disisi agama. 

7. Apakah PMX merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Besar Negeri PHBN berani untuk mengambil langkah serupa diperingkat Pusat dan Negeri? Atau sanggup membiarkan rakyat Malaysia terus terlibat dengan aktivit perjudian demi hasil cukai judi? 

Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo