Keputusan pembatalan kerusi Parlimen Kuala Terengganu P036 masih belum melepasi tiga hari. Kalau bandingan orang dulu-dulu, ibarat seseorang mati, tanah kuburnya masih merah lagi. Masih terasa kecewa dengan keputusan itu, tetapi hakikat perjuangan, mesti kita teruskan. Menang, kalah, jatuh, bangun, kecewa, bahagia, perencah yang dirasai oleh semua para pejuang, tanpa memilih hanya yang seronok sahaja.
Maka bergemalah suara lawan yang mendakwa PAS parti rasuah. Ia satu gema yang kita boleh fahami kerenah kurangnya peluru mereka bagi menembak PAS, jadi, apa sahaja yang dapat mereka capai akan mereka rangkul dan gunakan sebagai senjata bagi membelasah PAS. Walaupun hanya sebatang lidi yang halus, dek kerana ketakutan, mereka merasa ia bagaikan sebatang lembing.
Tanpa membaca dan memahami keputusan penghakiman, bagi mereka PAS akan dikenang sebagai perasuah, menipu dalam usaha memenangi undi rakyat. Tidak mengenal dosa pahala, tidak tahu malu, penunggang agama. Inilah naratif yang mereka sedang jalankan dengan gigih agar karakter PAS akan dicemari dan akhirnya dibenci marhaen.
PAS hanya tersenyum kerana sekurang-kurangnya ada juga perlawanan bagi lawan bertindak agresif setelah mereka lemah, tidak bermaya dalam PRU15 lalu. 8-0 adalah satu petanda petaka bagi mereka. Di atas kehinaan mereka ditolak rakyat di semua parlimen, di Dun-Dun juga, hanya satu Dun yang tinggal menyokong mereka daripada 31 Dun yang ada. Jadi usaha mengotorkan PAS adalah amat perlu.
Masih segar dalam ingatan kita apabila Presiden sebuah parti yang telah dua kali didapati bersalah dan dimasukkan dalam penjara, setelah melalui semua proses perundangan. Penyokong mereka mengamuk apabila ketua mereka dipanggil bekas banduan. Tidak boleh menerima hakikat. Sehinggalah diampunkan oleh Agong, masih belum mengaku salah.
Seorang lagi Presiden sebuah parti lawan PAS, juga telah didapati bersalah kerana salah guna kuasa. Sehingga sebelum habis penggal ke-14, beliau masih bergelar Ahli Parlimen kerana kes beliau telah dibuat rayuan bagi Pengampunan Di Raja. Sebegitu tinggi undang-undang mereka gunakan atas nama yang mereka gelaran demokrasi. Hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Sedang dalam masa yang sama, PAS, baru sahaja melepasi penghakiman kali pertama, sudah disumbat dalam kandang pesalah dan tidak mahu diberikan peluang rayuan. Kegilaan apakah ini?
Sedang PAS masih bersabar menanti peluang kedua bagi rayuan, secara tiba-tiba, keluar pula seruan agar tidak perlu menfailkan rayuan, biar kita terus lakukan PRK, kita mahu mengajar Umno.
Sayang mereka tidak faham apa itu maruah. PAS akan kekal diingati sebagai parti perasuah sebagaimana kehendak musuh yang saya nyatakan di atas. Ia bukan kerana jutaan majoriti yang kita peroleh lalu kita merasa gagah dan mahu membelasah lagi lawan. Ia melibatkan isu integriti. PAS berkeyakinan tidak melakukan kesalahan pilihanraya, kita mengikut undang-undang. Isu sekarang hanyalah istilah dan tafsiran hakim kepada sogokan dan ejen. Dua hakim dengan dua penafsiran.
Kenapa kita mesti menyeru untuk menyerah kalah? Konon kita kuat? Ia jauh lebih manis kita menang kembali kerusi Kuala Terengganu dengan hanya majoriti satu undi setelah kita lalui semua lapisan proses undang-undang yang ada, daripada kita menang majoriti ratusan ribu majoriti, tetapi kita menyerah kalah pada dakwaan yang kita yakin tidak kita lakukan pada kali pertama proses perundangan. Nama PAS kan dikenang sebagai perasuah dalam pilihanraya. Ia akan kekal selama-lamanya.
Mohd Nasir Abdullah
30 Juan 2023
PEMAIN MANJA BERKESAN SEBENAR SEGERA UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN BEKAS KEKASIH DAN MENYELAMATKAN PERKAHWINAN
ReplyDeleteHello semua nama saya Rosalba sangat terharu dengan kegembiraan semua terima kasih kepada Dr.GURU. Suami saya meninggalkan saya untuk wanita lain beberapa tahun yang lalu dan saya sangat kecewa kerana saya tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan kepadanya, saya ditinggalkan dengan dua anak saya dan pekerjaan yang gajinya kecil. Saya hampir berputus asa sehingga saya melihat testimoni dalam talian tentang Dr.GURU bagaimana dia telah membantu ramai orang, jadi saya menghubunginya secara mengejutkan 24 jam selepas saya melakukan apa yang doktor minta saya lakukan, suami saya kembali semula sehari selepas mengemis. saya untuk memaafkan dia dan berjanji tidak akan pergi. Suami saya telah kembali selama 6 bulan sekarang dan kami tidak pernah mengalami sebarang masalah, gembira saya tidak meragui Dr.GURU. Sekarang saya yakin dia juga boleh menyelesaikan sebarang masalah dengan bantuan yang cepat. Anda juga boleh menghubunginya untuk mendapatkan bantuan sekarang.
E-mel: saguruu087@gmail.com atau whatsapp +12098373537