NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak ada sebab nak merayu; KJ, Shahril mahu ‘move on’

Pada 27 Januari lalu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat manakala Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun kerana didakwa melanggar disiplin parti.


PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan mahu terus melangkah ke hadapan dan tidak melihat sebarang sebab untuk mereka merayu semula kepada Umno.

Khairy berkata, mereka harus terus ‘move on’ kerana keputusan menggantung keahlian atau memecat mereka telah pun dibuat Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

“We have to move on… kita pun rasa keputusan dah dibuat. Kita pun tak tahu kenapa kita dipecat. Nak minta kita rayu. There is no point,” katanya dalam episod terbaru ‘Keluar Sekejap’.

“We have to move on… kita pun rasa keputusan dah dibuat. Kita pun tak tahu kenapa kita dipecat. Nak minta kita rayu. There is no point,” katanya dalam episod terbaru ‘Keluar Sekejap’.

Bersetuju dengan kenyataan Khairy, Shahril berkata, tindakan tidak menerima pelawaan itu bukanlah menunjukkan mereka ego.

Menurut Shahril, Zahid boleh melakukan apa sahaja dirasakan terbaik untuk Umno, bagaimanapun jika harapan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mahu mereka mencontohi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Lokman Adam barulah diterima semula, maka beliau menolak untuk berbuat demikian.

“Tak apalah, kita duduk kat luar dan boleh teruskanlah dengan apa yang presiden dan juga kepimpinan Umno rasa terbaik.

“Saya tak sombong, saya rasa itu adalah pandangan datang daripada kawan tapi pada saya, kamu tak boleh ubah apa yang dah berlaku dan jika mereka nak kita move on, kita akan move dengan senyap dan terhormat,” katanya.

Isnin lalu bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan parti untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka digantung atau dipecat.

Ia selepas Zahid pada Perhimpunan Agung Umno (PAU2023) berkata MKT bersifat terbuka atas saranan perwakilan untuk menerima kembali ahli dikenakan tindakan disiplin sama ada dipecat ataupun digantung oleh parti.

Bagaimanapun, Zahid berkata, Umno mempunyai perlembagaan dan juga peraturan perlu dipatuhi sebelum menerima semula ahli dipecat atau digantung.

Sementara itu Khairy turut mengulas isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang dibawa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat.

Menurut Khairy, isu yang dibangkitkan Syed Saddiq lebih kepada ketirisan yang berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan perlunya usaha menyelamatkan projek berkenaan.

“Itu yang dimaksudkan oleh Syed Saddiq dan dirujuk kepada kenyataan dibuat sebelum pilihan raya untuk membawa mereka bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Khamis lalu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menegur Syed Saddiq kerana “menyindir” apabila mendakwa usul membahaskan projek LCS ditolak speaker kerana “sama ada ia bukan perkara mendesak atau bukan kepentingan awam”.

Johari berkata, Ahli Parlimen Muar itu berlaku tidak adil terhadap dirinya kerana beliau sudah menerangkan kepada Syed Saddiq bahawa usul itu tidak menepati syarat peraturan mesyuarat.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo