NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajuddin sahkan penubuhan Kerajaan Perpaduan dirancang sebelum PRU15

TAJUDDIN Abdul Rahman bercakap kepada media ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
KUALA LUMPUR: Penubuhan Kerajaan Perpaduan didakwa sudah pun dirancang sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mendedahkan perkara itu, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, beliau sendiri terlibat dalam perancangan tersebut dengan diminta untuk menandatangani dokumen yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Saya pun terlibat, saya dibawa jumpa Anwar, Anthony Loke dan pemimpin Amanah, di rumah seorang kerabat diraja, siapa? Saya tidak boleh beritahu. Saya yang menandatangani untuk Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri, nak Barisan Nasional, Pakatan Harapan ni bergabung sama.

“Saya terima untuk bekerjasama, tetapi dengan syarat, You (DAP) have to change (DAP perlu berubah). Maksudnya, segala dasar DAP perlu dihentikan. Jangan bantah dan sanggah UMNO serta orang Melayu dan perjuangannya.

“Memanglah sekarang nampak okay, dulu? Guling gelentang di Istana Perak sewaktu nak lantik Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak, maki Tuanku, maki raja. Ini sejarah yang kita tidak boleh lupa..pijak pula gambar pemimpin Melayu,” katanya.

Perkara itu, jelas Tajuddin lagi, ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja, sekali gus menolak kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang turut menyeru supaya perkara lama dilupakan dan terus bergerak ke hadapan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Tak boleh semudah itu. DAP itu bukannya dia punya. Atau DAP itu memang Anthony Loke yang punya? Berapa ratus ribu ahli DAP? Kita nak tahu keseluruhan DAP supaya buat pendirian tegas seperti yang dinyatakan…,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai maklum balas Anthony tentang gesaan Tajuddin itu, beliau berkata, pemimpin DAP bersetuju untuk mengubah konsep dan dasar DAP yang menekankan Malaysian Malaysia.

“Dia kata ya, ya boleh..,” tambahnya.

Tegas Tajuddin lagi, beliau menyokong pendirian Ketua Pemuda UMNO baharu, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menuntut permohonan maaf kepada parti itu jika benar jujur dan ikhlas jika ingin bekerjasama.

“Saya sokong pendirian Akmal dan saya ucapkan tahniah. Patutnya DAP perlu minta maaf kerana telah menghina kita berapa lama? Saya sudah 50 tahun dalam UMNO, saya tahu apa yang Lim Kit Siang buat, Lim Guan Eng maki rasa dan sebagainya. Kalau nakkan perubahan, terus teranglah.

“DAP hari ini jangan perjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Boleh? DAP perlu isytiharkan,” tegasnya. 

( Hide )
  1. Aku rasa aku boleh agak siapa dia si kerabat diaraja tu, aku rasa dia seorang yg berbadan gemuk.
    Munkin aku salah munkin aku benar.
    tapi nanti suatu masa mesti timbul jugak nama dia kalau si tajudin dah mula sebut rasanya mesti akan ada lagi yg akan bercerita.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo